Sudah terhantuk baru terngadah, mungkin itulah peribahasa yang sesuai digambarkan dengan isu pemakaian baby car seat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jika sebelum ini ada sesetengah dari masyarakat kita yang agak keberatan untuk mengikuti arahan pihak berkuasa yang mewajibkan penggunaan alat tersebut bermula tahun ini, mungkin mereka akan berubah fikiran selepas melihat insiden ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam perkongsian video yang tersebar di media sosial itu, bayi berusia 2 tahun itu tercampak keluar dari kereta yang dipandu bapanya selepas sebuah kereta lain yang dipandu dengan laju merempuh kereta mereka dari belakang.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kilometer 235.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Simpang Empat, Melaka ke Pedas Linggi, Negeri Sembilan.

Pemilik Perodua Myvi yang dipandu dengan laju itu bagaimanapun sudah ditahan pihak polis pada semalam manakala pemandu Honda Jazz biru itu juga sudah tampil membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.

Bercerita mengenai kejadian itu, ibu kepada bayi tersebut memberitahu dia sedang memangku anaknya ketika itu yang sedang tidur. Bagaimanapun, bayi tersebut dilaporkan hanya mengalami luka di muka dan kepala.

Berpunca dari kejadian itu, rata-rata netizen menekankan pemakaian baby car seat adalah sangat penting jika sesebuah keluarga itu mempunyai anak yang masih kecil.

Berbeza dengan sesetengah golongan yang merungut tentang kos yang tinggi mengenai pemakaian baby car seat, netizen-netizen bertanggunjawab ini bagaimanapun menjelaskan ia adalah satu perkara yang sangat penting untuk diamalkan bagi keselamatan keluarga.

https://twitter.com/lieshajoe/status/1227202090486755328?s=19

https://twitter.com/Amalierrr/status/1227272583101341698?s=19

Jadi, kepada anda yang berkeluarga dan masih tidak pasti sama ada mahu mendapatkan baby car seat  ataupun tidak untuk anak kesayangan anda, mungkin kisah bayi tercampak keluar dari kereta ini boleh mengubah fikiran anda.

Walaupun harganya mungkin sedikit mahal dan agak membebankan bagi keluarga yang mempunyai ramai anak-anak kecil, namun ia tidak seharusnya menjadi alasan kerana keselamatan ketika berada di jalan raya adalah sangat penting.

Kemalangan juga adalah sesuatu yang tidak dapat diduga seperti yang berlaku dalam kisah ini. Walaupun mereka sudah berhati-hati dan memandu dengan berhemah, namun akibat kesilapan pemandu lain mereka juga turut menjadi mangsa.

Menjadi mangsa kecuaian jalan raya bukanlah kejadian yang jarang berlaku. Baca perkongsian kami sebelum ini bagaimana penunggang motosikal ini dilanggar kereta pacuan empat roda walaupun sudah berada di lorong paling kiri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Penunggang Motosikal Ini Hampir Maut Dilanggar Ford Ranger Dari Belakang Yang Dipandu Secara Berbahaya

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Ibarat ‘Buku Bertemu Ruas’, Netizen Kongsi Video Myvi Terlanggar Kereta Polis Di Lebuh Raya

Sumber