Siapa saja tidak kenal dengan hero filem Tamil Rajinikanth yang sentiasa memukau penonton dengan aksi lakonannya yang mantap sebelum ini.

Mendapat nama gelaran ‘Superstar’, Rajinikanth bukanlah nama yang asing dalam kalangan peminat tempatan dengan filem-filem lakonannya sebelum ini terutamanya Kabali yang diterbitkan pada 2016.

kabali
FOTO: AMAZON.COM PRIME VIDEOS

Namun mungkin ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang, pelakon wanita tempatan kita Aznah Hamid sebelum ini juga pernah menjadi heroin kepada pelakon dari India itu dalam filem Priya pada 1979.

Walaupun perkara tersebut bukanlah baru diketahui, namun rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian mengenainya yang dibuat Joey BPR di akaun Facebook miliknya beberapa hari lalu.

“Meremang bulu roma pula dapat tahu berita ni, entah la sebab bangga kot, hebat,” tulis Haris Mohd Salleh di ruangan komen.

“Waa, betul la, shooting pun macam dekat Malaysia, filem tahun berapa ini?

“Aznah Hamid memang jambu masa mudanya,” tambah Kamaruzaman Othman mengenai perkara itu.

Penggambaran di Malaysia, Singapura dan Hong Kong

Buat anda yang masih tidak tahu, filem Priya yang dilakonkan Aznah bersama Rajinikanth itu diterbitkan pada tahun 1979 dan penggambarannya pula berlaku di Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Perkara itu dijelaskan sendiri Aznah dalam satu temu bual yang pernah diterbitkan di Harian Metro beberapa tahun lalu.

“[…]sempat juga saya berlakon dalam filem Tamil berjudul Priya (1979) dan hero saya adalah Rajinikanth. Filem itu dibikin di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Priya diterbitkan dalam dua versi bahasa, Kannada dan Tami yang juga menampilkan aktres Sridevi.

“Saya dan Rajinikanth menjadi hero dan heroin untuk versi bahasa Kannada. Berbelit lidah membaca skrip dalam bahasa itu tetapi mungkin kerana ketika itu saya muda lagi, senang nak ingat dialog. Ada jurubahasa yang menjelaskan jalan cerita dan dialog agar saya boleh faham,” katanya.

Malah beliau juga mendedahkan pernah mendapat tawaran berlakon di Hollywood dan Indonesia namun terpaksa menolak atas beberapa sebab tertentu.

Aznah Hamid adalah merupakan pelakon wanita veteran dan sentiasa membintangi drama dan filem di kaca TV dan juga merupakan ibu kepada pelakon Sheera Iskandar.

Filem lakonan Rajinikanth sebelum ini sentiasa saja menjadi tumpuan dan kegilaan peminatnya. Baca kisah firma ini yang terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada filem Kabali lakonan Superstar ini di pautan di bawah. 

Firma Di Bengaluru Dan Chennai Isytihar Cuti Sempena Kabali

Bagaimana Filem Rajinikanth Memasuki Jepun Dan Menghuru-Harakan Seluruh Dunia

Apakah Aksi Luar Biasa Super Star Rajinikanth Kali Ini? Anda Pasti Ingin Tahu

Sumber