Seorang penunggang motosikal terselamat daripada dilanggar oleh sebuah Ford Mustang dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Krai-Machang, Kelantan pada petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu dirakam melalui dashcam sebuah lagi kenderaan yang kebetulan berada di tempat kejadian. Kereta Ford Mustang tersebut dipercayai gagal untuk memotong kenderaan di hadapannya lalu merempuh lori yang berada di lorong bertentangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum kejadian tersebut berlaku, penunggang motosikal terlebih dahulu menjenguk bahagian hadapan dan segera mengelak ke kiri jalan apabila menyedari lori dan Ford Mustang mula bertembung antara satu sama lain.

Rakaman video dashcam itu mula tular pada tengah hari tadi telah meraih perhatian ramai yang berasa terkejut selepas melihat penunggang motosikal tersebut nyaris-nyaris dilanggar oleh Ford Mustang hilang kawalan setelah berlaku perlanggaran dengan lori itu.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Setakat artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan pemandu serta penumpang yang ada di dalam Ford Mustang tersebut. Dari gambar yang dikongsikan oleh netizen kelihatan bahagian kanan kereta tersebut telah hancur teruk akibat impak pertembungan kedua-dua buah kenderaan itu.

Semoga semua pihak terlibat dalam kemalangan buruk yang berlaku pada hari semalam segera cepat pulih seperti sediakala.

Klik pautan di bawah untuk lihat rakaman CCTV pada minggu lalu di mana seorang lelaki nyaris digilis oleh sebuah lori treler di satu kawasan stesen minyak.

Nyaris Digilis Semasa Isi Angin Tayar, Kecuaian Pemandu Lori Treler Ini Buat Netizen Berang

Proton Saga Halang Laluan Lori, Pekerja Kilang Terpaksa Ubah Guna ‘Forklift’

Tidak Sabar Dan Nyaris Berlanggar, Penunggang Motosikal Selamba Ambil ‘Corner’ Di Hadapan Myvi

Sumber