Umum mengetahui lebuhraya dari Pahang menuju ke Kuala Lumpur telah ditutup berikutan banjir dan tanah runtuh. Oleh itu, bagi mereka yang terkandas di lebuh raya terpaksa menggunakan jalan alternatif untuk meneruskan perjalanan.

Terbaharu, pengguna Twitter @AbenHazd telah berkongsi keprihatinan dan kemurahan orang kampung memberikan makanan kepada pengguna jalan raya yang terkandas dalam kesesakan jalan raya.

Mengambil masa 11 jam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, pastinya kesesakkan luar biasa ini membuatkan ramai berasa penat dan lapar. Justeru itu, pertolongan daripada orang kampung dihargai olehnya dan keluarga.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen memuji sikap prihatin orang kampung. Malah, para netizen berasa bangga dan terharu akan ‘small gesture’ yang ditonjolkan oleh penduduk kampung tersebut.

Baik sungguh hati penduduk kampung tersebut. Apa pendapat anda akan perkara ini? Jangan lupa ucap terima kasih jika anda turut menerima bantuan daripada mereka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan banjir pada pautan di bawah ini.

Kesian Dan Lucu, Netizen Kagum Lihat Usaha Pemuda Ini Hasilkan ‘Home Office’ Dalam Banjir

Baru Beberapa Hari Tahun 2021, Malaysia Sudah Dilanda ‘Musim Sejuk’ Dan Bencana Alam

Sempat Masak Maggi Dalam Lori Ketika Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Anda Mungkin Suka