Pada 23 Mac yang lalu, syarikat petroleum tempatan Petronas mengumumkan mereka akan mendermakan bekalan perubatan dan peralatan berjumlah RM20 juta bagi membantu petugas barisan hadapan menghadapi COVID-19 ketika ini.

Antara bekalan dan peralatan yang akan disumbangkan adalah termasuk Peralatan Perlindungan Peribadi, peralatan ujian virus serta katil dan tilam kepada hospital yang dijadikan pusat kuarantin COVID-19.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Sumbangan itu kemudiannya mula mendapat perhatian dalam kalangan netizen dengan ramai yang dilihat tersentuh dan terharu dengan tindakan syarikat yang sememangnya sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia sejak zaman berzaman itu.

Melalui semakan kami di laman Twitter, rata-rata netizen jelas gembira dengan sumbangan besar yang dilakukan Petronas itu dan sebagai menghargai jasa mereka, netizen juga menggesa agar rakyat Malaysia menjadikan Petronas sebagai jenama petroleum pilihan mereka selepas ini.

Sokong Petronas selepas ini

Bukan sahaja mendapat perhatian dalam kalangan netizen, tetapi sumbangan yang dihulurkan Petronas juga turut mendapat penghargaan daripada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba melalui satu ciapan yang dibuat di Twitter.

Walaupun pihak Petronas dilihat mengalami sedikit kesukaran dari sudut bisnes seperti dikatakan oleh beberapa netizen, namun mereka tetap tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai syarikat yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia.

Melihat kepada sumbangan yang telah diberikan oleh Petronas kepada petugas-petugas barisan hadapan ketika penularan wabak COVID-19 ketika ini, sudah pasti siapa sahaja akan berasa tersentuh dan terharu.

Jadi kepada anda di luar sana, apa kata kita terus memberikan sokongan kepada Petronas selepas ini agar mereka dapat terus membantu negara kita ketika berada dalam keadaan yang sukar seperti ketika ini.

Petronas juga sebelum ini terkenal dengan iklan mereka yang dinantikan setiap kali tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai iklan Raya Petronas. 

Tonton ‘Rendang SoRaya’ Iklan Raya PETRONAS Untuk Tahun Ini

Petronas Perkenalkan Stesen Minyak Bergerak Dinamakan Sebagai ‘ROVR’

Kedai Mesra Petronas Kini Tampil Dengan Pembaharuan Lebih ‘Fresh’

Anda Mungkin Suka