Jika anda nak uji rakan anda seorang peminat Marvel sejati atau pun tidak, cuba tanya soalan tentang Avengers ketika mereka separa sedar.

Itulah yang terjadi pada saudara Fikri Syafiq di mana beliau sendiri memuat naik video beliau sedang separa sedar akibat kesan sampingan bius yang diberikan kepadanya.

Dapat dilihat keluarga Fikri tenang menjawab setiap soalan yang ditanyakan oleh beliau. Paling lucu apabila beliau mahu Black Widow menyelamatkan nyawanya di samping menyebut ‘Avengers, Assemble!’ dengan penuh semangat.

Dalam tweet yang dikongsikan lebih 5,000 kali ini, Fikri mengatakan beliau dibius dengan ketamin dan propofol, ubat bius yang disuntik untuk tujuan conscious sedation.

Semoga cepat sembuh diucapkan pada Fikri dan terima kasih kerana buat ramai terhibur dengan gelagat anda. Terima kasih juga pada ‘Angah’ yang tidak jemu melayan Fikri ketika beliau dalam keadaan begini.