Shopee baru sahaja mengumumkan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai duta terbaru untuk jenama berkenaan.

Ronaldo dipilih untuk menjayakan jualan atas talian terbesar mereka, 9.9 Super Shopping Sale yang akan berlangsung pada 19 Ogos sehingga 8 September 2019.

https://twitter.com/ShopeeSG/status/1162182187506110464?s=19

Namun, yang jadi perhatian sebenarnya adalah video promosi untuk kempen ini yang dilakonkan sendiri oleh Ronaldo.

https://youtu.be/PNuHYljRXp0

Dapat dilihat pada video ini, laungan ikonik ‘Siii’ yang disebut oleh Ronaldo ketika meraikan gol digantikan dengan bunyi ‘Shopee’. Beliau juga turut menari ‘The Shopee Dance’ di penghujung iklan ini.

Ramai yang terhibur dengan iklan Ronaldo untuk Shopee. Walaupun beliau sering dilihat sebagai seorang yang ‘control macho’ tetapi tidak dalam iklan ini.

Ronaldo pasti menerima bayaran yang lumayan sehingga sanggup menjadi duta Shopee. Pada kami, ianya satu kejutan daripada Shopee kerana mengambil selebriti berkelas dunia untuk promosi 9.9 Super Shopping Sale. Sekarang, satu dunia sudah tahu dan aware tentang sale ini.