Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

BMW dan Mercedes-Benz merupakan dua buah jenama kereta Jerman yang cukup terkenal sebagai ‘pesaing abadi’ yang sudah hampir mencecah satu abad dalam industri automotif dunia.

Kedua-dua jenama ini sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih perhatian ramai, termasuklah membuat perang marketing antara satu sama lain sehingga ia berjaya mendapat tumpuan satu dunia.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Baru-baru ini, perang marketing yang dilakukan oleh tiga buah syarikat pengedar rasmi terdiri daripada Auto Bavaria (BMW), Cycle & Carriage Bintang Malaysia dan BR-Jaya Sdn Bhd (Mercedes-Benz) telah menarik perhatian netizen yang meminati kereta-kereta jenama Jerman ini.

Ternyata taktik pemasaran mereka berjaya meraih perhatian pengguna Facebook apabila ramai netizen tidak henti memberikan komen dan berkongsi semula hantaran-hantaran tersebut.

Kita dapat lihat orang ramai meluahkan perasaan gembira melalui ruangan komen pada setiap hantaran yang dikongsikan oleh ketiga-tiga Facebook pengedar rasmi BMW dan Mercedes-Benz Malaysia ini.

Sumber Gambar: Facebook Auto Bavaria (BMW)

Sumber Gambar: Facebook Cycle & Carriage Bintang Malaysia (Mercedes-Benz)

Sumber Gambar: Facebook BR Jaya Sdn Bhd (Mercedes-Benz)

Sumber Gambar: Facebook Cycle & Carriage Bintang Malaysia

Sumber Gambar: Facebook Cycle & Carriage Bintang Malaysia

Sumber Gambar: Facebook Cycle & Carriage Bintang Malaysia

Tidak kurang juga ada yang mengubah suai¬†gambar asal dan menokok tambah dengan beberapa gambar lain pada cermin sisi seperti kereta ‘King Myvi’, polis sedang buat¬†speedtrap, kereta Honda Civic polis sedang mengejar dari belakang dan macam-macam lagi.

Adakah jenama Audi akan turut serta dalam ‘perang pemasaran’ ini nanti? Sama-sama kita nantikan dan ia pasti lebih menyeronokkkan buat industri automotif tempatan pada minggu ini.

Baca lagi artikel-artikel automotif yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu lalu melalui pautan di bawah.

Mantan Pereka Proton Kongsikan Rekaan ‘Saga Knight Concept’ Sempena Hari Kemerdekaan Ke-64

Porsche Sahkan Bakal Buka Kilang Di Kulim Pada 2022

Carsome Terima Pelaburan RM830 Juta, Nilai Syarikat Melonjak Naik RM5.3 Bilion