BMW dan Mercedes-Benz merupakan dua buah jenama kereta Jerman yang cukup terkenal sebagai ‘pesaing abadi’ yang sudah hampir mencecah satu abad dalam industri automotif dunia.

Kedua-dua jenama ini sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih perhatian ramai, termasuklah membuat perang marketing antara satu sama lain sehingga ia berjaya mendapat tumpuan satu dunia.

Baru-baru ini, perang marketing yang dilakukan oleh tiga buah syarikat pengedar rasmi terdiri daripada Auto Bavaria (BMW), Cycle & Carriage Bintang Malaysia dan BR-Jaya Sdn Bhd (Mercedes-Benz) telah menarik perhatian netizen yang meminati kereta-kereta jenama Jerman ini.

Ternyata taktik pemasaran mereka berjaya meraih perhatian pengguna Facebook apabila ramai netizen tidak henti memberikan komen dan berkongsi semula hantaran-hantaran tersebut.

Kita dapat lihat orang ramai meluahkan perasaan gembira melalui ruangan komen pada setiap hantaran yang dikongsikan oleh ketiga-tiga Facebook pengedar rasmi BMW dan Mercedes-Benz Malaysia ini.

Sumber Gambar: Facebook Auto Bavaria (BMW)
Sumber Gambar: Facebook Cycle & Carriage Bintang Malaysia (Mercedes-Benz)
Sumber Gambar: Facebook BR Jaya Sdn Bhd (Mercedes-Benz)
Sumber Gambar: Facebook Cycle & Carriage Bintang Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Cycle & Carriage Bintang Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Cycle & Carriage Bintang Malaysia

Tidak kurang juga ada yang mengubah suai gambar asal dan menokok tambah dengan beberapa gambar lain pada cermin sisi seperti kereta ‘King Myvi’, polis sedang buat speedtrap, kereta Honda Civic polis sedang mengejar dari belakang dan macam-macam lagi.

Adakah jenama Audi akan turut serta dalam ‘perang pemasaran’ ini nanti? Sama-sama kita nantikan dan ia pasti lebih menyeronokkkan buat industri automotif tempatan pada minggu ini.

Baca lagi artikel-artikel automotif yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu lalu melalui pautan di bawah.

Mantan Pereka Proton Kongsikan Rekaan ‘Saga Knight Concept’ Sempena Hari Kemerdekaan Ke-64

Porsche Sahkan Bakal Buka Kilang Di Kulim Pada 2022

Carsome Terima Pelaburan RM830 Juta, Nilai Syarikat Melonjak Naik RM5.3 Bilion