Pernah tak semasa anda memandu di lebuh raya, tiba-tiba anda terserempak dengan beberapa buah lori berwarna oren sambil membawa beberapa peralatan kadang-kadang berserta penumpang di belakangnya sekali?

Dalam video TikTok ini, kelihatan pemandu lori kelam-kabut sedaya upaya memotong kesemua kenderaan-kenderaan berwarna oren yang turut dikenali sebagai ‘Shadow Vehicle’ ini. Setelah berjaya melepasi hampir 4 buah kenderaan terbabit barulah dia menarik nafas lega.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@sani_anuar_artmalaysia3/video/7007445741060869402?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Setelah orang ramai menonton video TikTok tersebut, mereka mula berkongsi cerita pengalaman apabila berjumpa dengan ‘Shadow Vehicle’ semasa berada di lebuh raya.

Rata-rata orang ramai mengatakan mereka terperangkap sehingga ‘kebas kaki’ dan ada juga yang sempat memotong sebelum kenderaan-kenderaan tersebut dapat berjalan sebaris.

Persoalannya, apakah itu ‘Shadow Vehicle’ dan kenapa mereka menutup jalan sehingga mengambil masa pengguna lebuh raya lain hampir 30 minit atau lebih?

Sumber Gambar: DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: DashCam Owners Malaysia

Untuk makluman semua, tugas utama ‘Shadow Vehicle’ ialah mengurangkan kelajuan kenderaan dan melindungi petugas lebuhraya serta pengguna lebuh raya lain dari terlibat kemalangan semasa kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di lokasi terbabit.

Setiap ‘Shadow Vehicle’ akan masuk ke setiap lorong di lebuh raya secara berperingkat bermula dari lorong kiri hingga ke lorong kanan sehingga kesemua kenderaan mereka berada di setiap lorong.

Pemandu-pemandu itu akan memperlahankan kenderaan mereka secara berperingkat sehingga hampir 10km/j-20km/j, bahkan kadang-kala ada yang akan terus berhenti di atas lebuh raya.

Pengguna lebuh raya yang berada di belakang kenderaan ini harus memperlahankan kenderaan mengikut kelajuan ‘Shadow Vehicle’ di hadapan dan pastikan jarak selamat 50 meter daripada kenderaan tersebut.

Sekiranya anda terserempak dengan kenderaan-kenderaan berwarna oren ini pada masa akan datang, janganlah anda cuba memotong kenderaan tersebut dalam keadaan yang berbahaya.

Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan daripada kenderaan terbabit, kerana hanya mereka sahaja yang tahu apa yang terjadi di kawasan hadapan lebuh raya yang sedang anda lalui.

Baru-baru ini orang ramai terperanjat apabila melihat ‘Tok Mat’ seorang diri memandu kereta model Mercedes-Benz klasik seorang diri. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Mahu Rakam Mercedes Klasik, Lelaki Ini Terkejut Apabila Kereta Tersebut Dipandu Oleh ‘Tok Mat’

Orang Ramai Kecam Pemandu MPV Mewah Memotong Di Garisan Berkembar

Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen

Sumber