Masuk sahaja tahun 2020, ramai rakyat Malaysia dilihat melakukan troll berkenaan kereta kereta terbang. Ini kerana kita semua telah dimomokkan dengan kewujudan kereta terbang pada tahun 2020 sejak masih kecil lagi.

Namun, troll yang dilakukan oleh lelaki ini paling menarik dan menghiburkan hati setakat ini. Mana tidak, hasil editing gambar kereta terbang ini seakan real dan kemas, ditambah pula dengan caption yang mampu menghiburkan hati para pembaca.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang pengguna Facebook, Hairun Ashrie memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan dirinya mengambil anaknya di taska menggunakan kereta terbang buatan Malaysia.

Perkongsian lelaki ini telah menerima lebih 18,000 tanda suka dan 24,000 perkongsian di laman Facebook sejak dimuat naik semalam.

Rata-rata netizen yang melihat gambar-gambar tersebut sememangnya terhibur dan kagum dengan skil editing yang dipamerkan oleh beliau.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan kereta terbang dan tahun 2020 untuk dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Prototaip Kereta Terbang Pertama Negara Bakal Diperkenalkan Seawal Oktober Tahun Ini

Ini 20 Perkara Yang Bakal Jadi Tumpuan Menjelang Tahun 2020