Terdahulu, tular di media sosial di mana seorang lelaki menghadiahkan ayahnya sebuah iPhone 11 yang menarik perhatian ramai netizen.

Namun, baru-baru ini seorang pengguna Twitter, @izzahilyanaa telah memuat naik satu perkongsian dalam bentuk video yang memaparkan beliau telah meraikan hari jadi kedua abang dan ayahnya.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

Apa yang menarik perhatian netizen ialah reaksi ayahnya yang begitu teruja dengan kejutan itu tersebut berjaya menghiburkan hati para netizen.

Video yang berdurasi 29 saat itu memaparkan gelagat abang dan ayahnya yang melucukan ketika menarik keluar duit yang diletakkan dalam kek tersebut. Perkongsian tersebut telah menerima lebih 4,700 retweets dari netizen sejak dimuat naik semalam sehingga ke artikel ini ditulis.

Susulan daripada itu, ramai netizen yang mengatakan mereka terhibur dengan telatah ayah wanita tesebut.

Ada juga yang tertarik dengan idea kejutan yang dibuat oleh wanita tersebut dan berhasrat untuk melakukannya juga nanti.

Terdahulu, seorang lelaki menghadiahkan ayahnya iPhone 11 menarik perhatian ramai netizen. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Belum Mampu Beri Menantu, Lelaki Ini Hadiahkan iPhone ‘Boba’ Kepada Bapanya Buatkan Netizen Kagum Dan Terharu

Pelajar Cemerlang UPSR Ini Terima Hadiah Wang Tunai RM10,000 Daripada Ibu Bapanya

Pengaruh Ibu Bapa Ke Atas Anak, Saya Bangga Dengan Legasi Abah

Anda Mungkin Suka