Seperti semua sedia maklum, orang luar negara terutamanya dari negara barat mempunyai satu sikap ingin tahu yang sangat tinggi. Bak kata pepatah mereka ‘ingin tahu adalah nafsu kepada minda’. Sudah banyak video pelik yang dibuat oleh ‘Mat Saleh’ ini mencuba pelbagai jenis buah-buahan tempatan negara kita.

Terbaru, seorang personaliti TikTok, Gavin Smith membuat sebuah video menunjukkan percubaan beliau mengupas kulit buah Rambutan menggunakan peeler buah atau pengupas buah berjaya membuatkan netizen tempatan terhibur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian video tersebut dimuat naik semula di laman Twitter oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @sabrinemra.

https://twitter.com/sabrinemra/status/1201394004249571328?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1201394004249571328&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fhabis-botak-netizen-terbahak-tengok-mat-saleh-buat-tiktok-kupas-rambutan-pakai-peeler%2F

Menerusi video tersebut, beliau dilihat kehairanan melihat rupa bentuk rambutan tersebut dan memikirkan cara untuk mengupas buah tersebut. Apa yang menarik perhatian ramai, beliau dilihat cuba mengupas buah tersebut dengan ‘mencukur’ buah tersebut menggunakan peeler buah.

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat beliau. Ada juga yang meninggalkan komen dengan berjeneka di atas gelagatnya itu.

https://twitter.com/anisbjb/status/1201444913616830471

https://twitter.com/onionholland/status/1201508993362825216

https://twitter.com/ij4ti/status/1201828315922718722

Gavin juga ada memuat naik sebuah video yang menunjukkan beliau mencuba makan buah mata kucing, cumanya kali ini beliau tidak menggunakan peeler. Anda boleh lihat video tersebut di sini.

Terdahulu, seorang Mat Saleh  ‘melenjan’ sebuah kereta jenama Proton Saga di dalam hutan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Mat Saleh ‘Lenjan’ Saga Lama Dalam Hutan, Dan Ini Yang Terjadi

Lihat Mat Saleh Ini Makan Nasi Lemak Paling Sedap Di Kuala Lumpur

‘Online Dating’ Temukan Jodoh Saya Dengan ‘Mat Saleh’ Suka Belacan