Kereta kawalan jauh kini semakin menarik minat orang ramai. Tidak kira sama ada netizen di Malaysia mahupun di luar negara, semakin ramai sudah memiliki kereta mainan dari pelbagai saiz dan jenama.

Di Indonesia, ada seorang lelaki menjadi bualan orang ramai apabila dia menggunakan kereta kawalan jauh untuk membeli Nasi Padang. Video yang dikongsikan pada akaun TikTok lelaki tersebut telah mendapat lebih 23 juta tontonan dan 14 ribu komen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lelaki tersebut telah mengubah suai kereta kawalan jauh itu dengan menggantikan badan kereta tersebut dengan kotak plastik.

Untuk mendapatkan visual semasa mengawal kereta tersebut, lelaki itu menggunakan sebuah kamera untuk dihubungkan ke kacamata VR (Virtual Reality) yang dipakai oleh lelaki itu.

Pada masa yang sama, ada sebuah kamera mini dipasang yang berfungsi sebagai dashcam untuk merakam panorama sepanjang kereta tersebut bergerak menuju ke sesuatu lokasi.

@wiwelgeng

Reply to @user0020349473 abangnya friendly😍

♬ Go Go (Underscore) – Chris Alan Lee

Di dalam video yang tular baru-baru ini, lelaki ini cuma meletakkan walkie-talkie, sekeping nota dan duit di atas kereta kawalan jauh itu dan dia hanya mengawal kereta tersebut dari rumah sahaja.

Setiba kereta itu di dalam kedai, lelaki ini cuma berhubung dengan pekerja kedai tersebut melalui walkie-talkie dan menyatakan pesanan dan duitnya sudah diletakkan di atas kereta kawalan jauh tersebut.

Walaupun kesemua pekerja kedai tersebut nampak terpinga-pinga, namun mereka berjaya menyediakan pesanan Nasi Padang dan memulangkan baki kepada lelaki tersebut dengan jayanya.

Siapa sangka kereta kawalan jauh yang satu masa dahulu cumalah sebuah kereta yang dibuat main pada waktu masa lapang, tetapi dengan kreativiti yang ada ia kini boleh diubah suai untuk memudahkan urusan harian.

Sementara itu, seorang lelaki menggunakan ruangan ‘chat’ dalam aplikasi untuk meminta bantuan dari dalam bilik air stesen minyak. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

‘Tersangkut’ Dalam Bilik Air Stesen Minyak, Lelaki Ini Guna Aplikasi Setel Sebagai Penyelamat

Mengidam Tapi Tiada Dalam Menu, Lee Zii Jia Terkejut Terima 3 Bungkus Nasi Lemak Daripada Peminat

Sumber