Sehingga ke hari ini, ada sahaja individu sanggup menipu di dalam talian semata-mata mahu mendapatkan wang dengan mudah. Malah, mereka tanpa segan silu mempromosikan secara terbuka untuk menjerat mangsa.

Menerusi kumpulan FB PS5 Malaysia Gang, seorang ahli telah membongkar kegiatan seorang scammer yang cuba menjual konsol permainan PS5 pada harga tidak masuk akal. Beliau telah menghubungi suspek menerusi WhatsApp untuk sekadar mengacah ingin membeli PS5 tersebut.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB PS5 Malaysia Gang

Paling mengejutkan, suspek dilihat sedia menjual konsol idaman ramai itu pada harga serendah RM350 sahaja malahan boleh dikurangkan sehingga RM185. Beliau bagaimanapun tidak termakan dengan taktik penipuan sebegini memandangkan cakna dengan harga semasa PS5.

Secara logiknya, harga pasaran PS5 sahaja sudah mencecah ribuan ringgit dan suspek tanpa segan silu mahu menipu pengguna di internet dengan tawaran harga ‘jackpot’.

Sumber Gambar: FB PS5 Malaysia Gang

Lanjutan daripada itu, beliau turut berkongsi perbualan bersama suspek yang mana mengaku dirinya sebagai anggota polis dan mahu berjumpa di balai polis. Apabila ditanyakan nombor badan dan kontinjen, suspek langsung tidak memberikan respon selepas itu.

Rata-rata netizen merasa terhibur melihat gelagat scammer itu yang dikira amatur kerana cuba menipu pengguna yang mahir berkenaan PS5. Malah, suspek turut dikesan membuat beberapa hantaran sebelum ini di kumpulan tersebut untuk menjual PS5nya.

Sumber Gambar: FB PS5 Malaysia Gang
Sumber Gambar: FB PS5 Malaysia Gang
Sumber Gambar: FB PS5 Malaysia Gang
Sumber Gambar: FB PS5 Malaysia Gang

Sebagai peringatan, anda buat semakan terlebih dahulu harga semasa barangan sekiranya mahu membeli di dalam talian. Walaupun sudah dilabel secondhand, barangan berjenama selalunya mengalami penurunan harga sekitar RM200 sehingga RM500 sahaja. Jika tawaran harga terlalu rendah, kebiasaannya hanyalah satu penipuan semata-mata.