Baru-baru ini tular sedutan video dalam satu rancangan TV memaparkan beberapa selebriti yang berkongsi pengalaman dan kisah kerjaya mereka. Akan tetapi, perkongsian Fauzi Nawawi dalam rancangan tersebut menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Fauzi Nawawi berkongsi menyukai wataknya sebagai perogol dan turut menceritakan secara terperinci lakonannya dalam sebuah adegan ‘panas’ beliau bersama Raja Farah. Atas permintaan keluarga Raja Farah ketika itu, adegan terbabit telah dibuang daripada filem Anak Halal.

Malah, Fauzi juga mengatakan ketika rakaman adegan tersebut, beliau terpaksa menahan dua perkara iaitu nafsu dan juga penat. Tidak hanya itu, Shuk juga meminta Fauzi menerangkan secara terperinci kerana mahu membayangkan situasi tersebut.

Perkongsian ‘jijik’ oleh Fauzi mengundang kemarahan netizen dan rata-rata netizen tertanya-tanya bagaimana perkongsiannya lulus untuk siaran umum. Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan tidak wajar untuk Fauzi berkongsi secara terperinci kerana adegan tersebut telah pun dipadam.

Para netizen juga berasa malu mendengar perkongsian tersebut kerana ia tidak patut dijadikan bahan cerita dan berasa simpati kerana ‘aib’ Raja Farah yang sudah berhijrah dibuka begitu sahaja. Malah, Fauzi seharusnya menghormati permintaan keluarga Raja Farah ketika itu kerana telah pinta untuk memadam adegan terbabit demi menjaga maruah dan sewajarnya tidak menceritakannya di khalayak ramai.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Terpaksa Berpisah Kerana Hidap Thalassaemia, Perkongsian Pasangan Ini Beri Kesedaran Buat Netizen

Ditinggal Kerana Kulit Gelap, ‘Glowup’ Gadis Ini Buat Netizen Risau