Start-Up merupakan drama Korea yang sedang popular bukan sahaja dalam kalangan rakyat Korea malah seluruh dunia. Berbeza dengan kebanyakan drama, drama Korea ini mengetengahkan anak muda yang berani mengambil risiko bagi mencapai impian.

Di sebalik konsep unik drama ini, episod terbaru daripada drama ini berjaya menjadi perbincangan netizen bukan kerana plot ceritanya namun disebabkan kehadiran entiti berbentuk seakan hantu pocong.

Meskipun kehadiran entiti ini merupakan sesuatu yang menyeramkan, para netizen lebih berminat untuk persoalkan bagaimana hantu yang lebih simbolik dengan masyarakat di Malaysia dan Indonesia mampu membuat ‘penampilan’ dalam drama ini.

https://twitter.com/0909GAFA/status/1328668998506975233

Setakat ini masih belum diketahui sama ada penampilan hantu pocong tersebut disengajakan atau sekadar binaan lain yang seakan sama pada jarak yang jauh. Dalam pada itu, sekiranya anda mahukan kelainan daripada drama yang ditonton, drama Start-Up antara yang kami sarankan untuk masuk dalam watch list anda.

Pada minggu lalu, Kota Kinabalu telah ‘dipetik’ dalam drama ini sekaligus membuatkan para netizen terkejut dan bangga.

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah

Drama Bersiri Netflix ‘Another Life’ Pilih Rambutan Sebagai Buah Dari Angkasa Lepas