Masihkah anda ingat akan video lucu yang disunting oleh DaebaKing? Bagi anda yang menonton video yang dikongsi DaebaKing, semestinya anda cukup mengenali karakter Hidayah atau nama sebenar beliau Lee Sae Young.

Terbaharu, menjadi buah mulut netizen apabila melihat wajah beliau yang berbeza daripada dalam video yang pernah dikongsikan oleh DaebaKing. Mana tidaknya, dalam perkongsian oleh Daebaking, beliau kelihatan sangat cantik dan para peminat tidak mengecam beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rata-rata netizen berasa terkejut dengan perubahan wajah Lee Sae Young dan para netizen merindukan wajah ‘Hidayah’ yang dulu. Tidak dapat dinafikan ramai peminatnya di Malaysia berasa kecewa dengan perubahan tersebut walaupun kini beliau makin cantik.

Screenshot 2020-08-10 at 9.38.30 AM

Screenshot 2020-08-10 at 9.37.05 AM

Screenshot 2020-08-10 at 9.35.06 AM

Menerusi tinjauan kami di Instagram Lee Sae Young, gambar-gambar lama beliau telah dipadamkan. Para netizen juga ada berpendapat bahawa beliau telah melakukan pembedahan plastik kerana industri seni di Korea lebih memilih mereka yang ada ‘rupa’.

Apakah pandangan anda tentang wajah baru Lee Sae Young ini? Diharap ‘Hidayah’ akan kekal kelakar untuk hiburan para peminat.

Pernah atau tidak anda menonton filem Parasite? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

4 Lokasi Filem Parasite Kini Diserbu Pelancong Selepas Menang Besar Di Oscar

Penangan Jennie Dan Jisoo Blackpink, Super Ring Kini Laris Di Korea

11 Destinasi Drama Hotel Del Luna Yang Anda Boleh Terokai Bersama Pasangan