Nama Akon tidak lagi perlu diperkenalkan. Siapa yang tidak kenali penyanyi terkenal dengan lagu hits Lonely satu ketika dahulu?

Terbaharu, gambar dan video beliau, keluarga dan rakan selebriti beliau menunaikan umrah di Mekah tular di media sosial. Difahamkan sebelum beliau menunaikan umrah, beliau telah mengadakan konsert jelajah di Arab Saudi terlebih dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Akon sebenarnya dilahirkan sebagai seorang Muslim dan beliau turut mengatakan bahawa kejayaan yang beliau miliki sekarang kerana beliau percaya kepada agamanya.

Rata-rata netizen berasa terkejut dan mendoakan agar urusan ibadah Akon dipermudahkan. Malah, para netizen juga meluahkan rasa bersyukur dan berkongsi gambar Akon di media sosial.

Pastinya selepas melihat gambar Akon menunaikan umrah membuatkan lebih ramai Muslim ingin ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah, bukan?

Ingin ke Mekah untuk menunaikan haji atau umrah? Klik pautan di bawah untuk baca perkongsian tentang haji dan umrah di The Vocket. 

Umrah DIY, Ini 7 Perkara Penting Yang Ingin Saya Kongsikan

7 Cara Berjimat Tapi Makan Sedap Masa Buat Umrah Di Mekah Dan Madinah

33 Tip Dan Persediaan Tunaikan Umrah Dengan Bayi

Sumber