Umum semua mengetahui bahawa model Toyota Alphard merupakan satu simbol atau status ‘kebanggaan’ sesetengah individu di Malaysia. Boleh dikatakan sesiapa yang memandu atau menaiki MPV ini boleh mendapat ‘layanan istimewa’ di mana-mana sahaja.

Tetapi berbeza pula di China apabila MPV ini digunakan sebagai ‘kereta mayat’ oleh penduduk setempat walaupun model Toyota Alphard cukup sinonim sebagai sebuah kenderaan VIP.

Mengikut hasil carian The Vocket, gambar ini mula tular pada hari Sabtu lalu setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dari negara China. Ramai netizen memberikan reaksi terkejut melihat ‘kemewahan’ kereta mayat ini.

Dari beberapa keping gambar yang dikongsikan, kita dapat lihat saiz kereta Toyota Alphard ini telah dipanjangkan, mempunyai dua baris tempat duduk eksklusif (memuatkan empat orang penumpang) dan satu ruangan panjang yang memuatkan sebuah keranda.

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-7
Sumber Gambar: Creative311
vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-8
Sumber Gambar: Creative311
vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-6
Sumber Gambar: Creative311

Kereta mayat mewah ini bukan saja ada di negara China, bahkan terdapat sebuah syarikat modifikasi kenderaan dari Jepun yang menghasilkan MPV seperti ini.

T.R.G merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam mengubah pelbagai jenis MPV menjadi sebuah limosin dan juga kereta mayat.

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-9
Sumber Gambar: Creative311
vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-10
Sumber Gambar: Creative311
vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-11
Sumber Gambar: Creative311

Menurut portal Creative311.com, Toyota Alphard ini dikenali sebagai ‘Michibiki Series Emu’ dan mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama seperti kereta mayat mewah yang digunakan di China.

Ramai netizen Malaysia yang seakan-akan tidak percaya apabila melihat kereta MPV mewah daripada Toyata ini digunakan sebagai kereta mayat sahaja di luar negara.

https://twitter.com/ainahayati/status/1389230993400221700?s=20

https://twitter.com/sdn_shah/status/1389158590041133058?s=20

https://twitter.com/imzanamia/status/1389417752201285636?s=20

Menurut syarikat T.R.G, mereka telah beroperasi sejak tahun 1965 bagi memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediakan kereta mayat mewah yang berkualiti menggunakan teknologi terkini.

Nampaknya MPV keluaran Toyota yang menjadi simbol atau status ‘kebanggaan’ sebahagian orang Malaysia hanyalah sebuah kereta untuk membawa mayat di negara-negara lain.

Baca lagi artikel-artikel mengenai kenderaan hasil ciptaan kreatif di negara lain melalui pautan di bawah.

Pemuda Ini Digelar ‘Elon Musk Of Ghana’ Selepas Hasilkan Kereta Daripada Bahan Terbuang

Guna Enjin Pam Air, Anak Muda Ini Bina Replika Ferrari Dengan Kos RM4,118 Sahaja

Pelajar Dari Palestin Cipta Kereta Solar Bagi Mengatasi Masalah Kekurangan Minyak

Sumber