Semua orang pasti cukup kenal dengan kawasan jalan ini, rasanya sudah lebih 10 kejadian kemalangan sudah terakam menggunakan CCTV berkualiti tinggi di Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu yang telah melibatkan pelbagai jenis kenderaan.

Pada petang semalam, seorang penunggang motosikal dirakam merempuh sebuah Perodua Myvi yang diletakkan berhadapan kawasan kedai tepi jalan. Keadaan lelaki tersebut kelihatan agak teruk kerana setelah melanggar kereta, dia terus terpelanting dan mukanya terseret di atas jalan raya.

CCTV berkualiti tinggi itu bukan sahaja berjaya merakam kejadian yang terjadi, bahkan dapat menangkap bunyi kuat ketika penunggang motosikal melanggar kereta Myvi tersebut.

https://twitter.com/my_crimewatch/status/1443190914331992070?s=21

Rakaman video CCTV itu telah mencuri perhatian orang ramai yang hairan dengan situasi tersebut. Rata-rata semua orang berasa pelik mengapa lelaki tersebut merempuh kereta tersebut.

Ada memberi pendapat bahawa penunggang motosikal itu menghadapi microsleep kerana terlalu penat atau sleep apnea (masalah kesukaran tidur pada waktu malam) sehingga menyebabkan dia gagal mengawal kenderaannya.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa tempat tersebut agak ‘keras’ kerana kerap berlaku kemalangan di lokasi yang sama.

Sumber Gambar: Facebok Yu KH
Sumber Gambar: Facebok Yu KH

Sejurus lelaki tersebut terjatuh, kelihatan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran segera meluru ke arahnya untuk melihat keadaan serta memberikan rawatan awal.

Semoga penunggang motosikal tersebut cepat pulih sediakala dan dapat berbincang dengan pemilik Myvi untuk menyelesaikan dengan baik mengenai kerosakkan kereta tersebut.

Orang ramai berasa kasihan melihat seorang penunggang motosikal terjatuh untuk mengelak daripada melanggar Myvi yang secara tiba-tiba mengubah laluan simpang. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ambil Lajak Macam Bawa Lori, Netizen Simpati ‘Rider’ Nyaris Berlanggar Dengan Myvi

Myvi Salah Jalan, Buat ‘Potongan Tajam’ Hingga Nyaris Langgar Motosikal

Sumber