Pada petang semalam dilaporkan kesesakan lalu lintas berlaku di Lebuhraya Utara Selatan di laluan selepas Plaza Tol Sungai Besi arah ke pusat bandar dan dari arah Sungai Besi ke arah Universiti Putra Malaysia (UPM) berikutan banjir kilat.

Situasi tersebut telah dirakam oleh beberapa penduduk yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran dengan laluan plaza tol tersebut. Ternyata sekali imbas, kelihatan seperti sedang berlangsungnya ‘pesta lampu’ di atas jalan raya tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kira-kira ratusan kenderaan memenuhi kedua-dua belah lorong yang diterangi dengan lampu brek belakang serta lampu hadapan kenderaan.

Ramai tidak menyangka kedua-dua rakaman video tersebut dirakam di Plaza Tol Sungai Besi. Mereka sangkakan keadaan kesesakan lalu lintas tersebut berlaku di kawasan luar negara.

Pada masa yang sama, ada netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semalam. Ada yang terperangkap hampir satu jam dan ada juga terperangkap lebih dua jam tidak boleh buat apa-apa.

Sumber Gambar: TikTok @mo_he_sh
Sumber Gambar: TikTok @mo_he_sh
Sumber Gambar: TikTok @mo_he_sh
Sumber Gambar: Facebook Pandu Laju
Sumber Gambar: Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia

https://www.tiktok.com/@mo_he_sh/video/7025548879428979969

Salah seorang pengguna TikTok yang merakam video semasa kejadian menyatakan bahawa kira-kira lebih lima buah ambulans telah melalui jalan raya itu ekoran terdapat kemalangan berlaku semasa hujan lebat. Ia menjadi salah satu faktor mengapa kesesakan lalu lintas yang melampau terjadi pada hari semalam.

Menurut Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), jarak kesesakan lalu lintas berlaku hampir empat kilometer di kedua-dua belah arah.

Manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula sudah mula mengeluarkan amaran bahawa beberapa negeri di Malaysia akan ditimpa hujan lebat berserta ribut petir.

Pada masa sama pihak mereka turut meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada semasa hujan lebat dijangka berlaku November ini hingga awal Januari 2022, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula 3 Nov dan berterusan sehingga Mac tahun hadapan.

Pada awal tahun ini, kami sempat berkongsi beberapa kisah yang berlaku semasa kejadian banjir berlaku. Baca cerita-cerita tersebut melalui pautan di bawah.

Sempat Masak Maggi Dalam Lori Ketika Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Kesian Dan Lucu, Netizen Kagum Lihat Usaha Pemuda Ini Hasilkan ‘Home Office’ Dalam Banjir

https://www.thevocket.com/nasib-baik-ada-hilux-permaisuri-agong-kongsi-gambar-turun-padang-bantu-rakyat-dilanda-banjir/

Sumber