Sebagai seorang penghantar makanan, nampak tugasnya seperti mudah tetapi sebenarnya mempunyai cabarannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ketika cuaca kurang baik seperti ketika ini yang sering hujan.

Baru-baru ini TikTok @utusatvofficial berkongsi rakaman seorang rider penghantar makanan dipercayai sedang menunggu lampu isyarat merah ketika hujan lebat.

Baca Juga:

Walaupun rider itu terkena percikan air daripada beberapa kenderaan besar yang lalu dihadapannya, lelaki itu tetap tenang dan siap boleh ‘berjoget’ seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Perkongsian video semula menerusi ciapan @jllmisai telah meraih perhatian netizen lain yang berasa tersentuh melihat rider foodpanda tersebut. Ramai yang menyatakan rasa serba salah untuk menempah makanan ketika waktu hujan.

Namun pengguna Twitter lain menyatakan ada segelintir rider pernah pesan kepadanya untuk terus membuat tempahan walaupun hujan kerana bagi mereka itulah peluang untuk mencari rezeki.

Tambah netizen lagi, selepas menonton video ini bolehlah orang ramai bersabar sekiranya tempahan makanan lambat sampai dan berikan sedikit ‘tips’ kepada rider atas kesanggupan mereka meredah perjalanan ketika waktu hujan.