Kartun Upin & Ipin sangat terkenal di negara seberang sehingga satu ketika dahulu muncul kisah adanya kubur Upin & Ipin di Indonesia serta versi fake dua watak itu yang dicipta animator di sana.

Terbaharu, tular pula patung Upin & Ipin yang menurut netizen di Indonesia versi ‘siksa kubur’ yang dibina di satu tempat perkelahan air panas di Jawa Tengah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Semestinya patung tersebut dibina sebagai tarikan untuk pengunjung kanak-kanak tetapi selepas ia ‘kotor’, patung-patung ini kelihatan seram dan tidak menarik. Antara watak lain yang turut bersama ‘menemani’ Upin & Ipin ialah Jarjit dan Mei Mei yang tidak bertangan.

Difahamkan ini merupakan salah satu patung Upin & Ipin yang ditemui oleh netizen dan terdapat banyak lagi patung seperti ini di sana kerana pengaruh besar kartun ini di Indonesia.

Pengarah Urusan Les’Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata penangan siri itu di Indonesia tersangat kuat hinggakan watak Fizi perlu membuat permohonan maaf kerana mengejek Upin & Ipin sebelum ini.

“Watak Fizi juga pernah ‘trending’ di tangga nombor satu ekoran kontroversi dialog dalam episod berjudul Syahdunya Syawal hingga kami perlu membuat permohonan maaf ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya.

Siri baharu Upin & Upin juga ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu kerana stesen MNC TV Indonesia merupakan rakan kongsi syarikat animasi Les’ Copaque.

“Jadi, setiap siri baharu Upin & Ipin akan ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu. Ini kerana, tiada stesen TV tempatan yang mahu membeli siri baharu ini. Disebabkan itu, stesen TV tempatan hanya menayangkan ulangan episod lama,” ujar Burhanuddin kepada Perak Insights.