Sejak Menteri Pengangkutan mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan roadtax dan membawa lesen memandu fizikal, orang ramai menyambut baik penguatkuasaan baharu itu sehingga ada yang membuat video trend mencabut roadtax itu.

Dengan kemas kini undang-undang baharu itu, pihak berkuasa akan menyemak roadtax dan lesen melalui sistem MyJPJ sahaja. Ia merupakan salah satu langkah mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Baca Juga:

Jadi pengguna jalan raya akan bergantung sepenuhnya kepada aplikasi MyJPJ yang ditawarkan melalui platform iOS, Android dan Huawei App Gallery.

Selain menyimpan data roadtax, lesen dan butiran pemandu, MyJPJ juga mempunyai satu fungsi yang membuatkan orang ramai teruja — eAduan@JPJ — di mana pengguna dapat menghantar gambar atau video salah laku pengguna jalan raya.

Perkongsian hantaran Facebook Asrul Muzaffar Mohammed telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang menyokong baik fungsi tersebut kerana sedikit sebanyak dapat membantu pihak JPJ menjejak dan mengenakan tindakan terhadap pesalah laku jalan raya yang mengabaikan undang-undang.

Orang ramai juga melontarkan cadangan agar pengadu boleh mendapat diskaun atau baucar bagi setiap saman yang dikeluarkan berdasarkan laporan yang dibuat dan jumlah merit terkumpul.

Sumber Gambar: Facebook Asrul Muzaffar Mohammed
Sumber Gambar: Facebook Asrul Muzaffar Mohammed
Sumber Gambar: Facebook Asrul Muzaffar Mohammed

Bagaimanapun gambar atau video yang hendak dihantar itu perlulah dirakam menggunakan dashcam atau dirakam oleh penumpang kerana tindakan pemandu menggunakan telefon semasa memandu merupakan salah satu kesalahan undang-undang jalan raya.

Jika anda masih belum lagi memuat turun lagi aplikasi MyJPJ, anda boleh dapatkan di iOS, Android dan Huawei App Gallery. Tetapi anda terlebih dahulu perlulah mengemaskini butiran pemandu dan roadtax di laman web https://public.jpj.gov.my/ terlebih dahulu.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.