Baru-baru ini, Pizza Hut Malaysia telah membuat kejutan apabila mereka berjaya memperkenalkan menu pizza terbaharu iaitu Durian Cheese Pizza. Idea unik untuk menggabungkan durian dan keju ini nampaknya dah buat netizen kita riuh sakan satu Malaysia tau. Jom kita tengok apa kata netizen!

‘Terkejut orang Itali tengok pizza ni’ – Netizen

Bagi segelintir netizen, mereka mula mempersoalkan keaslian rasa pizza yang dikatakan dah tak ada lagi citarasa Itali. Tapi pada kami, ini merupakan satu kelainan dan pembaharuan yang kita berjaya buat mengikut cara kita sendiri. Pendapat anda bagaimana?

Pizza1blackk-630×221

pizzaneg-630×87

Cuba dulu baru tahu

Memandangkan kebanyakan kritikan ni datangnya daripada mereka yang belum pernah makan Durian Cheese Pizza, maka ramai pula yang suggest untuk anda cuba sendiri dulu. Mana tahu jatuh cinta pulak nanti.

pizzacuba

pizzacuba2-630×151

Kami pun cuba sendiri!

Sejujurnya kami tak dapat tahan godaan bila tengok limpahan isi durian dan cheese dekat pizza ni, maka kami pun order lah dua Durian Cheese Pizza ala-carte. Lepas dah makan masing-masing speechless! Rasa isi durian sebenar tu memang cukup lemak, manis dan menyengat.

IMG_3746-671×503
Lihatlah sendiri limpahan cheese dan isi durian tu weh, mengancam!
IMG_3869-671×671
Baru bau durian sahaja, dah terliur akak kita ni
IMG_3873-671×503
Masing-masing excited. Berebut dan seriously tak cukup
IMG_3849-671×671
Umphh! Memang tak terkata.

Ini baru citarasa Malaysia

Menerusi komen di laman You Tube dan Facebook pula, kami mendapati sebenarnya lebih ramai netizen yang memilih dan suka dengan menu Durian Cheese Pizza ni sebab ia betul-betul ngam dengan citarasa Malaysia.

Mana tidaknya, admin sebagai penggemar durian ni pun rasa nak makan pizza ni banyak kali. Senang cerita, durian dan rakyat Malaysia memang tak dapat dipisahkan.

pizzasedap-630×170

pizzasedap2-630×94

Apa yang mengejutkan, rata-rata netizen di media sosial berkongsi keterujaan mereka selepas mencuba pizza terbaru ini. Jom kita lihat apa yang best dengan Durian Cheese Pizza.

Sedap tak terkata!

Pizza Hut Durian 1

Menurut Roslan di laman facebooknya, kelazatan Durian Cheese Pizza tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Jadi, kalau dah sampai tahap tak terkata tu faham-fahamlah ya. Dah tiba masanya untuk kita kena cuba sendiri pulak.

Pizza Hut Durian 2

Amira pula berharap menu Durian Cheese Pizza ini dikekalkan oleh pihak Pizza Hut. Tetapi, durian kan bermusim. Kami rasa selepas ini Pizza Hut sudah boleh buat pertimbangan memandangkan menu kali ini memang buat ramai penggemar durian excited.

Pizza Hut Durian 3

Paling mengejutkan, Izham menerusi laman facebooknya mengatakan bahawa Durian Cheese Pizza sudah pun masuk list pizza terbaik dia pernah makan. Tak boleh jadi ni. Sebelum tu, jom kita tengok menu dulu best atau tidak.

Ada macam-macam menu pilihan

Kalau anda hendak tahu, sempena menu baru Durian Cheese Pizza ni, Pizza Hut menawarkan tiga pilihan set lengkap dengan harga yang berpatutan untuk anda enjoy dan makan puas-puas.

Harga Durian Cheese Pizza ala-carte : RM44.50

OB Pizza 1

Durian Deal 1
– 1 Durian Cheese Pizza (Regular)
– 1 Onion Rings
– 2 Minuman Tin Pepsi

OB Pizza 2

Durian Deal 2
– 1 Durian Cheese Pizza (Regular)
– 1 Favourite Pizza (Regular)
– 6 pc Tasty Chicken Bites
– 1 Onion Rings
– 1 Botol Minuman Pepsi (1.5 liter)

OB Pizza 3

Durian 2 Pizza Deal
– 1 Durian Cheese Pizza (Regular)
– 1 Favourite Pizza (Regular)

Upgrade ke Durian Cheese Pizza serendah RM12.00 saja!

Kalau mahu lagi best, anda boleh beli mana-mana set menu seperti di bawah ini dan berpeluang untuk upgrade Durian Cheese Pizza dengan harga serendah RM12.00 saja!

OB Pizza 4

OB Pizza 5

OB Pizza 6

OB Pizza 7

Durian, Keju dan Pizza?

Jadi, apa anda tunggu lagi ? Kalau anda mahu rasa betapa nikmatnya bila dapat cuba hidangan pizza istimewa dengan kombinasi durian dan keju, jom serbu Pizza Hut berhampiran anda sekarang. Apa yang pasti, kami berani jamin ianya tak mengecewakan.

OB Piza

Kalau anda nak tahu lebih banyak menu dan promosi menarik di Pizza Hut, anda boleh layari laman sesawang Pizza Hut sekarang!