Selain daripada drama Korea, segelintir rakyat Malaysia juga suka menonton drama China kerana plot ceritanya yang berbeza dan penuh dengan aksi.

Sebuah drama China iaitu ‘Love Between Fairy and Devil’ telah trending nombor 1 secara global di iQIYI. Drama ini turut jadi perhatian apabila pelakon dalam drama tersebut menggayakan pakaian yang bercorakkan songket.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@…..b….c

selalunya motif2 pakaian cina lain, unik nihh #songket #lovebetweenfairyanddevil #dylanwang

♬ Sweet but Psycho(2019) – 颜妹

Difahamkan, anda boleh melihat pakaian menggunakan songket dipakai oleh Dylan Wang dalam drama terbabit dari episod satu lagi. Hal ini dianggap ‘rare’ dan dikongsikan oleh pengguna TikTok kerana kebiasaanya drama China menggunakan pakaian yang menunjukkan seni warisan mereka.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan boleh dikatakan penonton drama terbabit perasan akan penggunaan beberapa baju dipakai oleh Dylan Wang mempunyai corak songket.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa bangga kerana songket digunakan sekaligus ia dapat mempromosikan seni warisan negara. Rata-rata netizen turut mengatakan bahawa drama ini bukanlah sebuah drama sejarah China, disebabkan itu tidak menggunakan pakaian mengikut sejarah asal.

Drama ‘Love Between Fairy and Devil’ ini boleh ditonton di iQIYI. Drama ini masih ‘on going’ dan menampilkan Dylan Wang, Yu Shu Xin, Zhang Ling He, Xu Hai Qiao, Cristy Guo dan banyak lagi pelakon hebat.

Sementara itu, t-shirt Kedah juga pernah digayakan oleh pelakon filem Tamil. Klik pada pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

T-Shirt Kedah Digayakan Pelakon Dalam Filem Tamil Buat Netizen Terhibur Dan Bangga

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga