Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Songket merupakan sejenis kain tenunan unik khas alam Melayu yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Dahulunya, ia dihasilkan menggunakan mesin tradisional dengan corak rumit menggunakan benang emas atau perak.

Artikel Berkaitan:

Tradisinya kain tenun mewah yang biasanya dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta; ia pada dahulunya khusus dipakai golongan bangsawan – keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Songket kini tidak terhad kepada golongan bangsawan sahaja dan sesiapa sahaja menyarungnya. Harga songket juga lebih mampu milik kerana tidak lagi diperbuat daripada benang bangsawan.

Sebut sahaja nama Datuk Jimmy Choo, pasti ramai yang akan terus teringat tentang rekaan kasut yang dihasilkannya. Antara selebriti yang pernah dilihat menyarung sepatu dan aksesori rekaan Jimmy Choo adalah Scarlett Johansson, Bella Hadid, Lady Gaga, Jennifer Lopez dan mendiang Lady Diana.

Lady Diana adalah antara nama besar pertama yang menyokong jenama Jimmy Choo sejak ia dilancarkan di London pada tahun 1996. baru-baru ini, Seorang fashion vlogger yang bertempat di London, World Microphone telah temu ramah pendek dengan Jimmy Choo.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Jimmy Choo segak dengan persalinan smart casual. Tetapi apabila dilihat dengan lebih dekat, blazer yang disarungnya diperbuat daripada songket.

Beliau juga dilihat bangga ketika menceritakan tentang fabrik unik digunakannya itu dalam sesi temu ramah tersebut. “Bahan untuk hasilkan blazer ini adalah songket. Ia merupakan fabrik berharga dari Malaysia yang dihasilkan dengan tangan serta diperbuat daripada benang emas dan perak. Blazer ini pula direka oleh anak didik saya,” katanya.

Anak didiknya, pereka bernama Peony Sin Hui Wen turut menggayakan baju dress diperbuat daripada kain songket. Rata-rata penonton vlog World Microphone memuji persalinan yang direka Peony dan memuji betapa humble dan beradab Jimmy Choo ketika ditemu bual.

Antara komen yang ditulis netizen

Netizen dari Malaysia turut meluahkan rasa bangga mereka melihat komen-komen peminat fesyen luar negara yang memuji fabrik songket yang bagi mereka tersangat unik dan cantik.

“Suit satu ketika dahulu dahulunya hanya hitam, kelabu atau biru. Melihat warna yang lebih ‘terang’ adalah sesuatu yang jarang dibuat dan perlu diberi perhatian,” komen salah seorang netizen.