Sebut sahaja Senario, pasti anda sudah terbayang babak-babak penuh mencuit hati dalam filem yang ditayangkan. Boleh dikatakan filem Senario cukup ‘legend’ dan memiliki tempat di hati peminat filem tempatan.

Sudah lama menyepi, Azlee yang merupakan salah seorang ahli kumpulan komedi Senario telah memuat sekeping gambar dan memberikan ‘hint’ bahawa filem Senariounion kini dalam pembikinan. Difahamkan, filem Senario terbaharu ini juga akan diarahkan oleh Aziz M. Osman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, filem tersebut juga akan dibintangi ahli-ahli Senario lain termasuklah Wahid, Yassin, Saiful Apek, Mazlan Pet Pet. Bukan itu saja, ahli Senario terdahulu iaitu Hamdan dan Ilya juga dikatakan bakal muncul dalam filem itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutama sekali peminat Senario teruja dan ada juga yang berkongsi babak-babak legend dalam filem-filem terdahulu di Twitter.

https://twitter.com/n_atikahhh/status/1471318373011116032

https://twitter.com/mthrofcat/status/1471300593046089731

Sebelum ini, kumpulan Senario telah membintangi 10 buah filem mereka sendiri yang diarahkan oleh pengarah-pengarah terkenal seperti Aziz M. Osman, Mamat Khalid dan Ahmad Idham.

Tahukah anda lokasi sebenar warung roti canai Azlee dan Mazlan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Pengarah Lagi-Lagi Senario Dedah Lokasi Sebenar Warung Roti Canai Azlee Dan Mazlan

7 Lagu Senario Ini Mengandungi Kritikan Masyarakat Masa Kini