Selepas dicalonkan sebagai salah seorang ‘influencer’ dalam satu anugerah yang dianjurkan saluran TV tempatan semalam, nama Dr Amalina tiba-tiba tersenarai sebagai salah satu trending topics di Twitter hari ini.

trend

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dr Nur Amalina Che Bakri  adalah seorang doktor perubatan dan pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu selepas mendapat keputusan 17A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Dia yang kini sedang berkhidmat di luar negara juga sering berkongsikan nasihat berkaitan perubatan dan mempunyai hampir 500,000 pengikut di Twitter.

Tetapi sejak namanya diumumkan semalam, nama Dr Amalina sekali lagi menjadi perhatian kerana rata-rata netizen merasakan pencalonan tersebut tidak seharusnya berlaku.

Untuk kategori tersebut, Dr Amalina dicalonkan bersama angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan beberapa orang lagi influencer media sosial seperti Luqman Podolski, Mat Luthfi, Sofyank, dan Zukie Mohamad.

Dalam balasan kepada kiriman pengumuman tersebut, netizen berpendapat nama Dr Amalina dan Dr Sheikh Muszaphar tidak sepatutnya berada dalam senarai tersebut.

comment1

Ini kerana menurut netizen, Dr Amalina dan Dr Sheikh Muszaphar telah melakukan perkara yang lebih bermanfaat kepada masyarakat jika dibandingkan dengan calon-calon lain.

comment2

Tidak kurang juga ada yang berpendapat, mereka berdua sepatutnya diberi penghargaan dan bukannya dicalonkan untuk dipertandingkan dalam anugerah.

comment3

Bagaimanapun, melalui semakan yang dibuat ketika artikel ini ditulis, Dr Amalina dilihat tidak memberikan apa-apa komen mengenai pencalonannya untuk anugerah tersebut.

Pada pandangan anda, wajarkah Dr Amalina dan Dr Muszaphar tercalon untuk anugerah ini memandangkan mereka berdua lebih dilihat sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

Tahukah anda, pada tahun lalu Dr Amalina telah memenangi Anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dr Amalina Che Bakri Terima Anugerah ‘Darzi Academic Clinical Fellowship’

Ini Penjelasan Dr. Amalina Tentang Keberkesanan ‘Essential Oil’ Untuk Turunkan Berat Badan

Netizen Lebih Suka Jadikan Instafamous Bodoh Sebagai Role Model

Sumber