Pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu adalah satu detik hitam dalam sejarah negara kita. Pelbagai kejadian telah direkodkan dan kisah duka diceritakan mengenai bagaimana penaklukan tersebut berlaku.

Jika sebelum ini kita sering sahaja membaca dan merujuk pelbagai buku, catatan dan filem-filem yang melihat kembali pendudukan tentera Jepun di negara kita, malah ianya juga turut diajar di sekolah melalui pelbagai silibus yang disediakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi kali ini, lain pula ceritanya apabila pengarah muda Syahmi Sazli berkongsikan video pendek yang memuatkan pengalaman sebenar mangsa-mangsa yang pernah melalui sendiri pengalaman berada di bawah penguasaan tentera Jepun dahulu atau lebih tepat lagi pendudukan tentera Jepun di Kelantan.

Ya, Syahmi Sazli yang baru-baru ini mencipta nama apabila filem arahan pertama beliau, Mael Totey The Movie yang berjaya pecah panggung dengan jumlah kutipan yang tinggi dan Syahmi yang sama menghiburkan peminat di YouTube melalui drama spontan beliau sebelum ini.

utubeheader
Syahmi (paling kiri) bersama barisan pelakon drama spontan

Lengkap dengan lakonan semula Pok Tar

Kembali kepada video pendek mengenai pendudukan Jepun di Kelantan pada sekitar 1941 tadi, ianya mula mencuri tumpuan dengan lakonan semula oleh salah seorang mangsa yang mendakwa dirinya kini berusia 102 tahun.

Dikenali sebagai Hj Mukhtar bin Muhamad atau mesra dipanggil Pok Tar, kesungguhan dan ingatan beliau yang masih kuat mengenai kejadian yang berlaku suatu ketika dahulu itu bakal membuatkan sesiapa sahaja yang menonton tergamam.

poktar
POktar, kini berusia 102 tahun

Berbeza dengan dua individu lain yang ditemubual. Pok Tar kelihatan sangat bertenaga dalam menceritakan pengalamannya diseksa tentera Jepun sebelum ini ketika bekerja untuk mereka di Pengkalan Chepa.

Tambah mengujakan, beliau juga masih mampu membuat lakonan semula bersama kru penggambaran dan mengingati satu demi satu babak yang berlaku ketika itu.

“Dia dera ambo lah, aku jalan-jalan sambil beritahu kawan aku nama Awang ‘Awang cuba tengok oghe berlaga biri-biri tu, jadi aku beradu (berhenti) lah.

“Dah beradu askar Jepun panggil ‘mari-mari’ , dia panggil aku lah, pergi tu aku pun duduk .

“Askar Jepun sepak aku sebab aku tak dengar apa dio kato tu , aku pun tak tahu (tidak faham bahasa Jepun apa yang dia kata tu.

“Dia kata duduk, duduk lah. Ini tidak, dia beritahu dalam bahasa dia siapa yang faham. Ko guano?

“Aku pun duduk, dia sepak atas belakang aku, dia kata apa aku pun tak faham. Buat lagu ni tak kena, lagu ni tak kena. Aku pun senyap duduk dia sepak,” ceritanya dengan penuh bersemangat.

Penceritaan Pok Tar itu kemudiannya bertambah menarik apabila beliau turut melakukan lakonan semula pergaduhannya dengan tentera Jepun ketika itu bersama kru penggambaran.

Bukan sahaja memasukkan aksi pergaduhan, tetapi beliau turut menunjukkan bagaimana dia cuba untuk melarikan diri dengan menuju dan berlari-lari ke pagar sebuah rumah berdekatan untuk menyampaikan apa yang berlaku ketika itu.

poktar2
Pok tar ketika melakonkan semula pergaduhan berkenaan

Aksinya itu bukan sahaja mengejutkan penonton di skrin tetapi turut kelihatan seperti tidak dijangka oleh kru penggambaran yang berada di lokasi kejadian ketika itu apabila mereka terpaksa berlari-lari anak untuk merakam lakonan semula penuh spontan oleh Pok Tar.

Walaupun hanya berdurasi sekitar lima minit ketika ini, namun rata-rata netizen meninggalkan komen tidak puas melihat penceritaan oleh mangsa-mangsa penjajahan Jepun itu terutama melibatkan aksi yang ditunjukkan Pok Tar dalam berhadapan dengan tentera Jepun ketika itu.

“Banyak lagi pak cik umur 102 tahun nak cerita tu Mie. Tak cukup masa ni, best pulak tengok dia bersemangat bercerita, lanjut, komen salah seorang netizen.

“Kita rasa lucu dan nakal dengar cara Pok Tar cerita, tapi dia lalui benda itu. Dengan umur 102 tahun, kalau benda remeh, dia tak ingat doh eh.

“Maknanya benda tu segar di ingatan dia, dah berpuluh tahun berlaku, Pok Tar boleh semula apa yang terjadi dulu,” puji seorang lagi netizen mengenai penceritaan berkenaan.

Anda boleh menonton video penuh yang dikongsikan di Facebook Syahmi Sazli TV melalui pautan di bawah.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai Syahmi dan filem terbarunya Mael Totey The Movie melalui pautan di bawah.

11 Perkara Usahawan Boleh Pelajari Daripada Kejayaan Mael Totey The Movie

Mengaku Tonton Mael Totey Secara ‘Haram’, Penonton Ini Minta Maaf Pada Syahmi Sazli

Ellie Suriati Kritik Filem Mael Totey Tidak Capai Standard, Syahmi Sazli Kekal Tenang Terima ‘Teguran’

Sumber