Jika sebelum ini pernah kecoh di media sosial apabila YouTuber cuba mengagihkan wang bernilai RM10,000 di hadapan Istana Negara pada tahun lalu, kini muncul pula YouTuber mengagihkan wang RM10,000 di Bukit Bintang.

Menerusi video YouTube yang tular di media sosial, YouTuber tersebut bertindak membaling wang ketika melintas jalan di jalan raya berhadapan pusat membeli-belah Pavilion, Bukit Bintang dan menjerit meminta orang ramai mengutip wang tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat dalam video, YouTuber tersebut memakai baju iSAP seolah-olah ia hanya video parodi Isa Isarb dimana pernah menghasilkan konten memberikan wang kepada orang awam.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa bengang terhadap konten yang ditunjukkan YouTuber tersebut. Malah, ada yang mengatakan tindakan YouTuber tersebut tidak sopan kerana melempar wang di jalanan seperti itu.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan konten seperti ini tidak seharusnya dibuat sedangkan banyak lagi konten bermanfaat yang boleh dihasilkan.

Screenshot 2021-04-16 at 9.33.37 AM

Screenshot 2021-04-16 at 9.34.04 AM

Screenshot 2021-04-16 at 9.34.37 AM

Hanya kerana mahu menaikkan nama YouTube, sanggup menghasilkan konten yang tidak bermanfaat seperti ini. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan YouTuber pada pautan di bawah ini. 

‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara

Hanya Mahu Keadilan, Mangsa Pukul Geng Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Dakwa ‘Perisai Halimunan’ Kebal, Guru Ini Tewas Dengan Tumbukan YouTuber Indonesia