Sebuah kemalangan melibatkan dua tren LRT semalam telah mengakibatkan 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah. Dimaklumkan, ini merupakan kemalangan buruk pertama selepas 23 tahun LRT beroperasi.

Difahamkan, pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kos rawatan dan perubatan mangsa yang dimasukkan ke hospital akan ditanggung pihak Prasarana.

Malah, RM1,000 juga akan diberikan kepada kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan semalam serta bantuan kewangan akan disalurkan kepada mangsa yang tidak boleh bekerja. Pihaknya turut akan memberi jaminan untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan LRT.

Isu ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju pihak Prasarana hanya memberikan pampasan sebanyak RM1,000 kepada mangsa. Para netizen juga berharap wang RM1,000 itu bukanlah duit ganti rugi di atas kecederaan yang dialami oleh mangsa kerana ia melibatkan nyawa manusia.

https://twitter.com/itsmeaidil/status/1397022772761546756

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga menzahirkan rasa tidak puas hati kepada pihak Prasarana kerana hanya menawarkan RM1,000 kepada mangsa. Para netizen turut menasihati mangsa kemalangan untuk saman pihak Prasarana agar menerima wang pampasan yang sewajarnya.

Laporan awal mengenai kejadian pertembungan melibatkan dua tren LRT akan diserahkan Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Azlan Shah Al-Bakri kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hari ini.

Bagi penumpang yang terlibat dalam insiden semalam, ketahui hak yang anda boleh tuntut pada pautan di bawah ini.

Tular Isu Perlanggaran LRT, Peguam Ini Jelaskan Hak Sebagai Penumpang Yang Terlibat

Sudah Ada Bukti Video, Peguam Ini Jelaskan Sebab Artis Mengaku ‘Tidak Bersalah’ Di Mahkamah