Apabila sebut syurga makanan, negara mana anda akan terbayang? Terbaharu, Singapura telah dinobatkan sebagai bandar terbaik untuk street food di dunia.

Pengiktirafan tersebut telah diberi oleh CEOWorld magazine dimana Singapura tempat terbaik untuk menikmati makanan jalanan dan diikuti dengan Thailand dan Hong Kong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nasi ayam, roti paratha, roti bakar kaya, dan laksa merupakan antara makanan ikonik di Singapura dimana boleh juga didapati di negara-negara Asia lain. Malangnya, negara kita Malaysia tidak tersenarai dalam top 20 tempat makanan jalanan terbaik.

Berikutan itu, hal ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Singapura dan mengatakan bahawa Singapura memang layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut tetapi ada juga yang kurang bersetuju.

Adakah anda bersetuju bahawa Singapura adalah tempat terbaik untuk menikmati ‘street food’? Jika tidak, mengapa anda katakan begitu?

Tahukah anda bahawa Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar kedua paling mesra di dunia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Kuala Lumpur Dinobatkan Bandar Kedua Paling Mesra Di Dunia

Malaysia Berada Di Tempat Pertama Bagi Kategori Perkhidmatan Kesihatan Terbaik Di Dunia

Taiping Dinobat Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia

Sumber