Karen’s Diner sangat dikenali sebagai restoran ‘kurang ajar’ di mana pelayan akan melayan pelanggan dengan perkhidmatan yang teruk.

Restoran Karen’s Diner ini berkonsep ‘pengalaman makan di restoran yang paling buruk’ di mana pelanggan membayar pelayan untuk mengeji dan biadap dengan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini, tular satu hantaran video restoran tersebut yang kini turut membuka cawangan di negara jiran, Indonesia dengan kerjasama restoran Bengkel Burger.

Di dalam video tersebut kelihatan kedua-dua pelayan dan pelanggan ‘bergaduh’ dan memaki hamun sesama sendiri.

Susulan video yang dimuat naik di Twitter itu, seorang individu dari Malaysia berharap restoran itu tidak akan dibuka di Malaysia.

Individu itu turut mengatakan orang Malaysia terkenal dengan budi bahasa, lemah lembut, sopan santun yang tinggi, sesuatu yang sangat berbeza dengan konsep yang dibawa restoran Karen’s Diner.

 

“Sesiapa yang pernah belajar di luar negara, pasti sudah terbiasa mendengar orang di sana memuji adab yang tinggi dalam masyarakat kita,” tulis individu tersebut di akaun Twitternya.

Memetik sumber, selain Australia dan Indonesia, restoran ini juga beroperasi di United Kingdom.

Cawangan pertama Karen’s Diner mula beroperasi di Sydney pada Oktober lalu manakala di Brisbane pada April lalu.

Difahamkan, nama Karen dipilih bersesuaian dengan moto restoran tersebut iaitu ‘Makanan lazat, Perkhidmatan Teruk’.

Nama Karen itu mempunyai maksud pelanggan wanita pertengahan umur yang selalu tidak berpuas hati atas pelbagai isu, selain gemar memanggil pengurus sesebuah premis untuk ‘mencari pasal’.

“Di sini, anda boleh mengadu sepuas-puasnya mengenai apa yang anda tidak puas hati, kami tidak akan ambil peduli, namun kami akan menghidangkan makanan yang lazat, itu jaminan kami,” menurut kenyataan restoran itu dalam laman webnya.

Selain kenyataan itu, mereka turut menyatakan supaya jangan terkejut jika disapa secara tidak sopan apabila memasuki restoran itu, malah ada pelayan yang melemparkan menu atas meja.