Baru- baru ini masyarakat di negara kita terutamanya mereka yang berada di media sosial dikejutkan dengan laporan penahanan seorang bekas peserta program realiti berkonsepkan keagamaaan oleh pihak polis.

Penahanan itu difahamkan berpunca susulan daripada beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya atas dakwaan berkait rogol oleh beberapa individu di daerah Shah Alam dan Petaling.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mula direman sejak 27 November lalu, suspek difahamkan pernah ‘menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon’ seperti dilaporkan Harian Metro.

Walaupun identiti sebenar suspek belum didedahkan, namun segelintir netizen difahamkan telah membuat hashtag atau tanda sokongan tersendiri di Twitter untuk menyokong seorang ‘pendakwah selebriti’ yang dikatakan terlibat dengan dakwaan berkenaan.

Menggunakan tanda pagar #standwithdai****, sebahagian netizen berpendapat orang ramai tidak boleh terlalu cepat menghukum beliau sehingga dibuktikan bersalah.

“Rindu live Dai **** hm,” kata netizen.

“Semoga Dai **** bertabah dengan ujian ni dan semoga perkara ini cepat selesai. RINDU LIVE DAI ****,” komen netizen.

Walaupun ada yang menyokong beliau diberikan peluang kedua, namun ada juga (atau sebahagian besar netizen) yang kurang bersetuju dengan tanda pagar yang trending di Twitter sejak daripada semalam itu.

“Orang yang guna #standwithdai**** beritahu bahawa jangan hina jika dia bersalah sebab kita tidak akan tahu jika kita akan membuat kesilapan yang sama..merogol bukan sesuatu perkara yang kita buat tanpa sengaja,” luah netizen.

“Tak tahu kenapa tapi #standwithdai**** sangat menjijikkan,” komen netizen.

Menganggap dakwaan yang dilaporkan itu agak berat dan proses siasatan masih berjalan, rata-rata mereka berharap agar ianya tidak diteruskan sehingga individu berkenaan dibuktikan bersalah.

Tanda pagar diambil alih peminat K-Pop

Bagaimanapun dalam perkembangan menarik, tanda pagar berkenaan kemudiannya dilihat telah diambil alih oleh sebahagian besar peminat K-Pop.

Daripada membiarkan netizen berbicara mengenai perkara itu, peminat-peminat K-Pop ini dilihat telah memenuhi ciapan untuk tanda pagar berkenaan dengan gambar dan juga artis dari Korea Selatan itu.

“Yelah, lebih kepada berdiri di belakang palang. Kami ingin merampas tanda pagar ini #standwithdai****,” kata netizen.

“Saya suka bagaimana peminat K-Pop merampas tanda palang yang sedang trending ini #standwithdai**** dengan menyiarkan gambar idola mereka.

“Terima kasih semua,” luah netizen.

Tidak dapat dipastikan apakah sebabnya, namun cubaan mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu yang sedikit panas itu sedikit sebanyak dilihat dipersetujui oleh netizen.

Rata-rata netizen yang perasan akan perkara tersebut juga telah turut serta dan memuat naik artis K-Pop kegemaran mereka membuatkan tanda pagar #standwithdai**** dipenuhi dengan gambar dan video artis K-Pop.

Walau apa sekali pun sebab mereka menukar dan mengambil alih tanda pagar berkenaan, namun ianya sedikit sebanyak telah mengurangkan perbincangan tentang siapa salah dan siapa benar dalam situasi dakwaan berkenaan.

Tambahan lagi, dakwaan terhadap individu yang dituduh itu masih lagi disiasat pihak berkuasa dan masih belum ada sebarang keputusan mengenainya. Jadi adalah lebih baik sekiranya orang ramai memberikan ruang untuk proses keadilan berlaku daripada mengeruhkan lagi suasana ketika ini.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai pendakwah selebriti yang ditahan atas dakwaan merogol seorang gadis pada pautan di bawah.

Muncul Dakwaan Merogol Gadis, Pendakwah Selebriti Telah Ditahan Polis Semalam

Polis Terima 6 Laporan Cabul Dan Rogol Gadis, Pendakwah Selebriti Ditahan Sekali Lagi

Terkena Tempias Dakwaan Rogol Gadis, Bapa Da’i Syed Mahu Mangsa Tampil Buat Laporan Polis