Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mael Totey The Movie merupakan filem tempatan yang diarahkan oleh Syahmi Sazli, pengarah muda yang disegani ramai. Filem tersebut ditayangkan melalui saluran Astro First pada tahun lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta hasil sambutan orang ramai.

Terbaru, Syahmi Sazli pengarah serta salah seorang tunggak utama di sebalik filem ‘Mael Totey’ telah menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha YSuku buat Yoe Parey dan Bedol. Syahmi berkongsi video di Instagram peribadi miliknya detik-detik pembelian motosikal sehinggalah penghantaran ke rumah Yoe dan Bedol.

Hasil kutipan yang memberangsangkan daripada filem ini mungkin menjadi penyebab utama Syahmi menghadiahkan motosikal tersebut kepada Yoe dan Bedol. Netizen serta rakan artis yang lain turut mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa bangga atas tindakan Syahmi.

vocket-syahmi-hadiahkan-ysuku-6

vocket-syahmi-hadiahkan-ysuku-2-3

vocket-syahmi-hadiahkan-ysuku-7

Tahniah kami ucapkan kepada Syahmi Sazli kerana sama-sama berkongsi rezeki bersama pelakon utama siri popularnya di YouTube.

Lelaki ini telah berkongsi sebelas perkara yang boleh kita belajar dari kejayaan filem Mael Totey The Movie. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

11 Perkara Usahawan Boleh Pelajari Daripada Kejayaan Mael Totey The Movie

Mengaku Tonton Mael Totey Secara ‘Haram’, Penonton Ini Minta Maaf Pada Syahmi Sazli

Anda Mungkin Suka