Selepas kemenangan Pakatan Harapan menakluk Putrajaya pada 9 Mei yang lepas selain nama YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dijulang sebagai ikon anak muda, nama YB Nurul Izzah turut meniti di bibir netizen.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Semalam trending di Twitter mengenai salah satu keratan majalah pada tahun 2013 yang memetik kata-kata beliau mengenai minatnya terhadap salah satu band rock, Radiohead.

Keratan majalah tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @AlepWilcox yang menuntut untuk YB Nurul Izzah membawakan band tersebut ke Malaysia.

Tweet tersebut menjadi viral dan mendapat lebih 3,000 retweet sehingga turut mendapat perhatian daripada YB Nurul Izzah yang turut membalas Tweet tersebut.

Menurut balasan Tweet tersebut yang disertakan dengan #PostRamadanDiscussion ramai netizen menyambut baik Tweet tersebut dan berharap agar janji tersebut dikotakan.

Mungkinkah Radiohead akan datang ke Malaysia sekitar hujung tahun nanti? Sama-sama kita saksikan. Berikut kami sertakan sekali salah satu lagu Radiohead yang evergreen sehingga kini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group