Lebih dua dekad selepas kemunculannya pada tahun 90-an, New Balance 850 membuat kemunculan semula dengan sentuhan moden dan penuh tenaga pada rupa ikoniknya. Menampilkan reka bentuk alternatif tanpa logo N di sisi; sesuatu yang radikal bagi New Balance pada tahun 1996, rilisan terkini ini menampilkan gaya colour blocking berserta penggunaan material yang premium.

Kasut ini hadir dengan midsole ABZORB klasik untuk menawarkan sokongan dan kestabilan, didorong oleh system posing Rollbar yang mengurangkan pergerakan kaki belakang. Dengan gabungan mesh, kulit, penyaduran dan butiran reflektif dalam pelbagai warna berserta outsole getah penuh, 850 adalah definisi estetik ’90-an dengan keperibadiannya yang unik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model ini diperkenalkan secara rasmi menerusi satu acara khas minggu lalu yang menampilkan artis dan selebriti tanah air seperti Zizi Kirana, Sophia Liyana, Kayda, Ajak Shiro Abu Bakar X Ali, Lil J dan ramai lagi.

https://www.instagram.com/p/B8lrFuoH01L/

New Balance 850 sudah tersedia dalam warna baharu di semua butik New Balance Experience pada harga RM439. Tidak perlu dibuktikan lagi tentang keselesaan jenama ini. Sarung dan terus jalan untuk apa pun aktiviti anda.

Berikut merupakan beberapa pilihan jenama fesyen lain yang mendapat perhatian rakyat Malaysia ketika ini. Klik pada pautan di bawah untuk info lanjut.

Model Dua Dalam Satu Vans Slip-Skool Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Pestle Mortar Bawakan Elemen ‘Streetwear’ Ke Udara Dengan Kolaborasi Bersama AirAsia

Butik Rasmi A Bathing Ape Bakal Dibuka Di KLCC?