Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ibarat menyambut kemenangan comeback Liverpool berdepan Barcelona semalam, penaja rasmi Livepool, New Balance melancarkan model Fresh Foam LAZR v2 edisi khas untuk kelab berkenaan.

Bahagian atas kasut ini diperbuat daripada kain yang bakal memberikan pengudaraan serta keselesaan yang terbaik kepada si pemakai. Semestinya warna ikonik Liverpool dipilih untuk kolaborasi ini dengan logo Liverpool dipamerkan di bahagian lidah kasut.

Dapat dilihat nama Bob Paisley turut terukir di bahagian dalam kasut ini. Kasut ini sudah dibuka untuk tempahan di laman New Balance pada harga USD109.99 (~RM452.30). Peminat setia Liverpool jangan terlepas peluang untuk membeli model edisi khas ini.

NB 2

NB 3

NB4

Anda Mungkin Suka