Setiap tahun, New Balance akan menyambut ‘Hari Kelabu’ atau Grey Day bagi memperingati warisan jenama tersebut untuk warna kelabu.

Semuanya bermula pada akhir 1970an di mana warna kelabu awalnya dihasilkan sebagai penyelesaian untuk pelari di bandar yang kasut putih mereka cepat ‘rosak’ dan kotor kerana kotoran dan debu di bandar.

Baca Juga:

Kulit suede kelabu meningkatkan ketahanan kasut, selaras dengan warna jalan raya, dan sesuai dengan gaya hidup pengguna. Justeru itu, warna kelabu menjadi sangat sinonim dengan jenama New Balance dan produk warna kelabunya sentiasa diingati oleh peminat.

Bagi meraikan Grey Day, New Balance telah melancarkan beberapa produk eksklusif ini:

Koleksi “Moon Daze”

Merangkumi tiga siluet klasik New Balance: 550, 580 dan 9060. Diinspirasikan dari masa depan yang mendorong kita untuk berfikir; “Bagaimanakah rupa kasut kita sekiranya berjalan di planet lain?”

Kapsul MADE in USA

New Balance adalah antara jenama yang masih menghasilkan produk di Amerika Syarikat dan model premium 990v4, 990v6, 996, dan 998 berwarna kelabu boleh dibeli di The Grey Shop.

Sambutan Grey Day 2023 Pop-Up @ APW Bangsar

Bermula semalam hingga Ahad, New Balance Malaysia telah membuka pop-up khas bertema ‘Moon Daze’ di APW Bangsar bagi meraikan hari istimewa ini.

Berbeza dengan tahun lalu, pameran pop-up New Balance Grey Day tahun ini lebih istimewa dan ‘wow’ kerana adanya bilik interaktif khas (ada bulan!), bengkel serta pelbagai aktiviti menarik untuk anda sertai.

Datang dan lihat sendiri koleksi Moon Daze’ Grey Day yang merangkumi model 9060, 550, dan 580; jika minat boleh terus beli. Jumpa anda di sana!