Boleh tahan misteri dan seram trailer filem ‘The New Mutants’ ini. The New Mutants adalah hasil tangan terbaru 20th Century Fox untuk franchise X-Men mereka yang akan berada di pawagam 13 April 2018.

The New Mutants akan berkisahkan tentang perjalanan 5 orang remaja dengan kuasa luar biasa yang ingin mencari jalan keluar daripada sebuah hospital rahsia. Nampak seperti gaya filem Shutter Island X It pun ada The New Mutants ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sedikit tentang sejarah The New Mutants (TNM) ini. TNM adalah karya komik spinoff daripada siri X-Men yang dikeluarkan buat pertama kali pada tahun 1982 menerusi New Mutants #1. TNM menceritakan tentang generasi baharu mutan yang membesar di bawah selian Professor X.

Watak yang akan muncul dalam filem ini juga adalah watak utama dalam siri komik TNM iaitu Magik, Wolfsbane, Cannonball, Sunspot dan Mirage. Seperti juga filem Deadpool dan Logam, filem ini tidak akan berhubung dengan filem 20th Century Fox yang lain. Jadi penampilan khas watak-watak X-Men yang sudah established mungkin agak tipis untuk siri TNM ini.

new-mutants-700-700×305

khabarnya TNM akan hadir dalam bentuk trilogi dan filem ini adalah yang pertama untuk trilogi ini. Approach 20th Century Fox untuk TNM ini nampaknya sangat dark dan penuh misteri. Ada yang suka dengan direction terbaru untuk TNM ini oleh 20th Century Fox?

Sumber