Terbaru di New Zealand, Akta Kastam dan Eksais New Zealand 2018 telah diberi kuasa untuk membolehkan pegawai kastam menuntut kata laluan, PIN dan kunci penyulitan daripada peranti pelancong untuk memeriksa kandungan bagi tujuan keselamatan negara tersebut.

Pihak New Zealand telah menetapkan kepada pelancong yang menolak untuk menyerahkan kata laluan, akan dikenakan sehingga NZD5000 (RM13,393.21) dan peranti mereka boleh dirampas serta mendapat pendakwaan daripada pihak New Zealand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
AP_642523973877-e1538660498344
Sumber: QZ

Berdasarkan undang-undang terbaru yang dibuat New Zealand, seorang pelancong terkenal telah bersumpah untuk mengelakkan diri daripada melancong ke New Zealand setelah New Zealand menjadi negara pertama yang bakal menyaman penumpang-penumpang yang enggan menyerahkan kata laluan telefon mereka di sempadan.

Sebelum ini, pegawai kastam hanya boleh menghentikan sesiapa sahaja di sempadan dan menuntut untuk melihat peranti mereka dan tidak boleh memaksa para pelancong untuk memberikan kata laluan,  namun berbeza pula pada kali ini apabila undang-undang baru itu telah berkuatkuasa pada minggu ini.

Jurucakap kastam berkata, sebelum ini mana-mana negara masih belum membuat perundangan seperti yang dibuat oleh New Zealand namun perkara itu dilihat sebagai satu cara untuk menjaga keselamatan negara kerana pada era masa kini dimana sebarang maklumat lebih banyak disimpan di dalam peranti berbanding dokumen fizikal.

Buat anda yang bakal ke New Zealand tidak lama lagi, bersiap sedia sekiranya peranti anda ‘diselongkar’ oleh pegawai kastam New Zealand.

Sumber