Selepas bebas jangkitan COVID-19 selama lebih 100 hari di New Zealand, negara berkenaan mencatatkan jangkitan tempatan pertama semalam dan kerajaan New Zealand mengeluarkan arahan stay-at-home lockdown untuk bandar terbesar di New Zealand, Auckland.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern membuat keputusan drastik malam semalam apabila mengarahkan bandar Auckland ditutup selepas 4 kes baharu dicatat oleh satu keluarga, walaupun sempadan ditutup dan individu dari luar (bukan warganegara dan warganegara) perlu menjalani kuarantin wajib.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut kerajaan New Zealand, punca bagaimana jangkitan itu berlaku masih lagi misteri dan akan disiasat dengan teliti. “Selepas 102 hari, kami menerima kes pertama COVID-19 luar dari kawasan kuarantin kami. Kami telah bekerja keras untuk mencegah senario ini. Justeru itu, kami sudah bersedia untuk menghadapi perkara ini,” kata Jacinda.

Setakat semalam, WHO telah memuji kecekapan New Zealand dan menjadikan negara berkenaan sebagai contoh yang perlu diikut oleh negara luar yang lain selepas ‘berjaya menghapuskan jangkitan pada peringkat komuniti/tempatan’. Tetapi dengan kes pertama selepas 102 hari ini, ternyata COVID-19 adalah satu virus yang sangat ‘degil’.

Dalam masa yang sama, Thailand dijangka tidak akan membuka sempadan negara mereka sehingga 2021. Baca lagi pada pautan di bawah.

Thailand Dijangka Hanya Akan Buka Pintu Sempadan Pada 2021

Korea Utara Dilaporkan Catat Kes Pertama COVID-19, Pesakit Bakal Dihukum

Sumber