New Zealand merancang untuk melarang rakyatnya yang lahir selepas tahun 2004 daripada merokok dalam salah satu usaha untuk menjadikan negara ini bebas dari asap rokok menjelang tahun 2025.

Langkah itu adalah sebahagian daripada cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh penggubal undang-undang.

Selain cadangan ini, kerajaan New Zealand turut membincangkan nikotin yang diperbolehkan, menetapkan harga minimum untuk tembakau, dan lokasi di mana tembakau dan rokok dibenarkan dijual.

Bagaimanapun New Zealand juga sedang mempertimbangkan untuk menetapkan umur perokok yang dibenarkan, di mana sesiapa saja yang lahir setelah tahun 2004 akan dilarang daripada membeli rokok.

“Polisi terbaharu generasi bebas-rokok akan melarang penjualan, dan pembekalan di tempat awam, produk tembakau ke kumpulan baru dari tarikh yang ditentukan.

“Sebagai contoh, jika undang-undang dimulakan pada 1 Januari 2022, maka orang yang berusia lebih muda dari 18 tahun pada masa itu atau mereka yang lahir selepas 1 Januari 2004 adalah dilarang untuk membeli produk tembakau.”

Salah seorang ahli parlimen New Zealand, Dr Ayesha Verrall menyebut bahawa, “Kami memerlukan pendekatan baru. Kira-kira 4,500 warga New Zealand meninggal dunia setiap tahun akibat tembakau, dan kita perlu membuat kemajuan yang cepat agar dapat mencapai tujuan itu [bebas rokok 2025].”

Untuk rekod, New Zealand mempunyai penduduk sekitar lima juta orang dan dianggarkan sekitar 500,000 merokok setiap hari. Rokok telah menyumbang satu daripada empat kematian akibat barah di New Zealand.

Merokok di restoran sambil beruniform, sekumpulan polis bakal disiasat. Klit pautan di bawah untuk membaca.

Merokok Di Restoran Sambil Beruniform, Sekumpulan Polis Bakal Dikenakan Siasatan

Sumber