Jika sebelum Telekom Malaysia menawarkan rangkaian internet di rumah dan juga peranti melalui Unifi Mobile, kini dibawah anak syarikat, Webe Digital mula menawarkan sebuah lagi rangkaian internet altenatif buat para pengguna iaitu Nex.Life.

Menariknya melalui pelan ini, pengguna berpeluang menggabungkan langganan internet dirumah serta telefon pintar dengan satu harga yang sama iaitu RM100 sebulan melalui harga promosi yang ditawarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Facebook Nex.Life

Melalui langganan Nex.Life para pengguna dijanjikan melayari internet dengan kelajuan sehingga 20Mbps melalui rangkaian 4G LTE namun tidak ditawarkan dengan SMS dan panggilan. Kuota sebanyak 500MB antara yang ditawarkan sekiranya anda melayari dalam bukan rangkaian 4G.

Setakat ini rangkaian Nex.Life cuma ditawarkan pada negeri Kelantan dan Terengganu terlebih dahulu. Dijangka Nex.Life bakal melebarkan jaringan pada masa akan datang. Buat anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Nex.Life anda boleh klik disini untuk ke laman rasmi Nex.Life.

Sumber