Bila dengar nama Tony Jaa dan Donnie Yen mesti anda akan teringat filem hebat lakonan mereka. Tony Jaa unggul dalam filem aksi Ong Bak dan Donnie Yen pula dengan Ip Man.

Kedua-dua aktor Asia ini sudah pun membuka langkah dengan berlakon dalam produksi Hollywood; Tony Jaa(Skin Trade, Furious 7) dan Donnie Yen (Rogue One: A Star Wars Story). Ini peluang untuk anda lihat Tony Jaa dan Donnie Yen beraksi dalam satu filem tahun hadapan menerusi ‘xXx: Return Of Xander Cage’!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas 12 tahun, Vin Diesel kembali memegang watak beliau sebagai Xander Cage. Xander Cage adalah antara watak Vin Diesel yang ikonik selepas Riddick (Chronicles Of Riddick) dan Dominic Toretto (Fast & Furious). Siri ke-3 xXx ini akan berkisahkan Xander Cage yang keluar dari persembunyian untuk merampas senjata berbahaya dikenali sebagai Pandora’s Box.

Bukan itu sahaja, pemain bola sepak Barcelona, Neymar Jr juga akan turut sama berlakon dalam filem ini! Tidak pasti apakah watak Neymar dalam filem ini. Pelakon cantik Bollywood, Deepika Padukone turut terlibat dalam filem ini. Sementara itu, kita layan dahulu poster setiap pelakon yang akan beraksi dalam filem ini. Boom!

x1

x2

x3

x4

x5

x6

x7

x8