Bintang Paris Saint-Germain itu adalah seorang peminat permainan poker dan banyak menghabiskan masa bermain permainan itu semasa rehat setelah mengelami kecederaan yang panjang.
Artikel Berkaitan:
- Mengapa Neymar Sanggup Tinggalkan Nike Untuk Jadi Duta Baharu Puma
- Neymar Paling Banyak Kena ‘Troll’ Sewaktu Pusingan 16 Terakhir Piala Dunia 2018
- Apple Perkenalkan Beats Studio3 Edisi Neymar Jr
Terbaharu, menurut Brazil Globo Esporte, Neymar baru-baru ini telah mengalami kerugian sebanyak €1 juta [sekitar RM4.8 juta] dalam masa satu jam sahaja.
Bagi kebanyakan orang, kerugian sebesar itu boleh menyebabkan kita bermenung berbulan-bulan. Bagaiamanapun, bagi Neymar, ia adalah satu perkara yang biasa.
🚨FAMOSOS: Neymar “chora” ao perder R$ 5 milhões em apostas de cassino on-line durante live.
— CHOQUEI (@choquei) March 29, 2023
Apa yang menariknya, semasa siaran langsung di saluran Twitch, peminat Neymar dapat menangkap reaksi beliau yang bersahaja dan pelik.
Dia pada mulanya berpura-pura menangis sebelum menjerit, sambil lagu tema Titanic mula dimainkan. Neymar kemudiannya menjerit “Oh f**k” sebelum ketawa terbahak-bahak.
Salah seorang rakannya berkata, “Daripada sejuta kepada kosong dalam 60 minit.” Kemudian dijawab secara berseloroh oleh Neymar bahawa dia “akan meletakkan video ini di YouTube.”
Akhbar berita Perancis L’Équipe baru-baru ini menerbitkan senarai pendapatan tertinggi dalam Ligue 1 dan tidak mengejutkan untuk melihat bekas pemain Barcelona itu berada di kedudukan teratas senarai.
Neymar dilaporkan membawa pulang gaji €3,675,000 [RM14 juta] setiap bulan sebagai upah di PSG – itu tanpa mengambil kira bonus, tajaan dan sumber pendapatan lain.