Tidak puas dengan aksi yang hebat di atas padang, Neymar kini bakal mencuba karier yang baru iaitu bidang nyanyian. Berada di puncak karier bola sepak serta mempunyai peminat ramai mungkin pilihan yang terbaik buat Neymar untuk melancarkan  ‘Neymusico’.

Penglibatan Neymar melangkah ke industri nyanyian ini bukanlah perkara yang mengejutkan. Malah, sebelum berhijrah ke Barcelona lagi Neymar sudah berjaya mempopularkan lagu ‘Ai Se Eu Te Pego’ melalui gaya beliau meraikan gol. Lagu tersebut menjadi fenomena serta dimasukkan di dalam soundtrack PES 2013.

Tidak lama kemudian, Neymar sekali lagi berjaya mempopularkan sebuah lagi tarian dengan lagu ‘Tchy Tcha Tcha’. Minat beliau terhadap lagu berjaya dibawa melalui tarian lagu tersebut sejurus mendapatkan gol sewaktu di Santos.

Mungkin sudah yakin dengan aura lagu yang dipopularkan beliau, Neymar memilih untuk menjadi artis rakaman dengan pelancaran lagu terbaru. Lagu tersebut bakal dikeluarkan seawal minggu depan.

Kami ucapkan ‘all the best‘ buat Neymar. Semoga beliau sekali lagi berjaya untuk untuk jadikan lagu yang dibawanya menjadi sebuah fenomena.

Sumber