Pemain terkemuka Brazil dan Barcelona, Neymar Jr memang seorang sneakerhead tegar dan dari video ini anda tahu beliau memang gilakan kasut. Dalam video ini sahaja, beliau berbelanja lebih USD18,000(Lebih kurang RM77 ribu) untuk 15 pasang kasut! Apalah sangat RM77 ribu bagi Neymar yang jana pendapatan lebih 9 juta euro tahun lalu. Antara yang dibelinya adalah kasut edisi khas Nike Yeezy, Nike Air Uptempo X Supreme dan banyak lagi. Yang penting semuanya Nike sahaja kerana kontraknya yang terikat dengan jenama berkenaan. Entah-entah nanti Neymar claim balik pembelian kasut ini dengan Nike. Ini mungkin salah satu strategi pemasaran Nike. Nike pandai.